Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Jumpa Bom Di Rumah...

MANILA - Tentera Filipina menahan seorang pendakwah bagi membantu siasatan kes serangan bom...

Waris Nafi Cari Gaduh...

INDUSTRI muzik masa kini semakin mengembang dengan kehadiran ramai penyanyi baharu yang berbakat...

Kerajaan Boleh Ambil Alih...

PETALING JAYA - Terma lebih baik perlu dirunding dalam proses mengambil alih empat...

Kapal China Dikesan Di...

KUCHING - Kehadiran kapal pengawal pantai China di perairan Sarawak terus mencetuskan kegusaran...

Bayi 3 Bulan Koma Selepas Terjatuh Ketika Ditimang

KUALA LUMPUR – Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan koma selepas mengalami pendarahan dalam otak dipercayai terjatuh ketika ditimang pengasuhnya pada 10 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden S. Somu berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.10 pagi selepas mangsa dihantar ke rumah pengasuh di Sungai Pelong, Sungai Buloh dekat sini.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika pengasuh, seorang wanita tempatan berusia 27 tahun menimang bayi tersebut lalu terjatuh dan mengakibatkannya sesak nafas.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh oleh pengasuh dan doktor mengesahkan terdapat pendarahan dalam otak,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurut Somu, pihaknya juga telah mengambil keterangan pengasuh pada hari kejadian dan kes itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 31 (1) (A) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sebuah mesej tular dalam aplikasi WhatsApp dipercayai seorang datuk kepada bayi tersebut meminta orang ramai mendoakan cucunya segera sembuh akibat kejadian itu. – UTUSAN ONLINE

Kategori