Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Permintaan Juruterbang QZ8501 Untuk...

Permintaan juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 untuk terbang lebih tinggi pada ketinggian 38,000...

Rita Rudaini Dakwa Gaji...

Konflik di antara Rita Rudaini dan Aidil Zafuan semakin berlarutan gara-gara Rita Rudaini...

UPSI Jalin Kerjasama Dengan...

IPOH - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan hubungan kerjasama dengan Institut Pengajian...

Pengumuman Penutupan Siaran TV...

LANGKAWI - Satu lagi sejarah dalam industri penyiaran negara bakal dicatatkan, dengan pengumuman...

Bayi Tidak Sedarkan Diri, Pengasuh Ditahan

PADAWAN – Seorang bayi lelaki berusia setahun dikejarkan ke hospital, Khamis lalu, selepas tidak sedarkan diri di rumah pengasuh yang kemudian mengaku memukul kepala mangsa dengan botol susu kerana berang ibunya lewat membayar upah jagaan.

Terdahulu dalam kejadian jam 8.35 pagi, pengasuh wanita berusia 23 tahun itu memaklumkan bayi terbabit kelihatan pucat selepas bermain, melalui kiriman WhatsApp kepada ibu mangsa berumur 17 tahun.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan, berkata ibu mangsa kemudian bergegas ke rumah suspek di Batu Kawa, namun terkejut apabila melihat anaknya itu tidak sedarkan diri lalu dikejarkan ke Unit Kecemasan, Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Pemeriksaan lanjut oleh doktor pada hari sama mendedahkan mangsa dipercayai tidak diberi makan untuk tempoh tiga minggu menyebabkannya diserang sawan dan jangkitan kuman pada paru-paru, selain lebam di kepala tetapi tidak diketahui punca kecederaan itu.

“Ibu mangsa memaklumkan menghantar anak ke rumah suspek pada 23 Oktober lalu dan tidak mengambilnya hingga hari kejadian.

“Mangsa diasuh suspek sejak tiga minggu lalu dengan tempoh biasa dari jam 8 pagi hingga 10.30 malam,” katanya ketika dihubungi.


Aidil berkata, susulan laporan dibuat ibu mangsa, anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menahan suspek di rumahnya pada jam 2 petang Sabtu lalu.

Beliau berkata, hasil siasatan awal, suspek mengaku memukul kepala mangsa dengan botol susu kerana berang ibu bayi itu lewat membayar upah asuhannya.

“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)a Akta Kanak-Kanak 2001.

“Mangsa kini masih menerima rawatan lanjut dan memerlukan pemantauan rapi doktor,” katanya. – BH Online

Kategori