Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Kapten Melaka, Azizan...

PERSATUAN Bola Sepak Melaka United (MUSA) menzahirkan ucapan takziah buat keluarga bekas pemain...

12 Kawasan Diramal Catat...

Kuala Lumpur : Sebanyak 12 kawasan di empat negeri diramalkan mengalami suhu panas...

Kerajaan Akan Biaya Projek...

KUALA LUMPUR - Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang dijadual siap menjelang...

Perpustakaan KL Terbakar, 50...

KUALA LUMPUR - Tindakan pantas pengawal keselamatan dan staf Perpustakaan Kuala Lumpur di...

Belanjawan 2019 Dijangka Bersifat Inklusif

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2019 yang amat dinanti-nantikan, akan dibentangkan pada Jumaat ini, dijangkakan bersifat inklusif dan memberi manfaat kepada majoriti rakyat Malaysia, kata bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata, belanjawan pertama kerajaan Pakatan Harapan yang akan dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng itu akan menyumbang ke arah usaha mewujudkan ekosistem yang membantu​​​​​​ mempertingkat ekonomi.

“Belanjawan 2019 diharapkan akan menyediakan hala tuju masa depan khususnya mengenai bagaimana kedudukan kewangan awam dapat diperkukuhkan,” katanya kepada beberapa pemberita terpilih semasa temu bual baru-baru ini.

Disiplin fiskal dijangkakan diperkenalkan dalam belanjawan itu, yang termasuk pencukaian baharu dan pengurangan perbelanjaan, seperti dinyatakan Lim sebelum ini bahawa rakyat Malaysia perlu bersedia untuk membuat sedikit pengorbanan.

Pada Ogos lepas, BNM menyemak semula pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun ini kepada 5.0 peratus, sedikit rendah daripada unjuran awal antara 5.5 dan 6.0 peratus, disebabkan gangguan pengeluaran minyak dan gas yang berlanjutan serta pengeluaran sektor pertanian yang lebih rendah. – BERNAMA

Kategori