Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bonus Kakitangan Awam ‘Masuk...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju pembayaran bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum...

Gambar: Selamba Lakukan Seks...

SEPASANG kekasih dari Staffordshire, Britain tanpa segan silu melakukan aksi seks dalam sebuah...

Dr Mahathir Ucap Selamat...

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa syukur kerana umat Islam...

McDonald’s Indonesia Agih Percuma...

JAKARTA - McDonald's Indonesia kembali merayakan Hari Sarapan Kebangsaan 2018 dengan kali ini...

Tiada Permintaan Senarai Hitam Pasport Zahid

BANGI – Jabatan Imigresen Malaysia akan menyenaraihitamkan nama Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada keluar negara jika ada permintaan pihak berkuasa untuk berbuat demikian.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata setakat ini tidak ada permohonan untuk berbuat demikian daripada mana-mana agensi penguat kuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis.

“Kes ini adalah kes siasatan SPRM. Kalau ada, Jabatan Imigresen akan melakukan ketetapan yang diperuntukkan,” katanya ketika ditemui pada Kejohanan Bola Tampar Sedia Berjasa Piala Ketua Pengarah Imigresen di Universiti Tenaga Malaysia (Uniten) hari ini.

Mustafar berkata demikian ketika ditanya sama ada Ahmad Zahid akan disenarai hitam daripada keluar negara selepas pasportnya diserahkan kepada mahkamah semalam.

Anggota Parlimen Bagan Datuk itu menghadapi 45 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Dalam pada itu, Mustafar turut memberi jaminan bahawa proses pengeluaran pasport kepada orang ramai tidak tergugat.


Beliau pihaknya sentiasa bersiap siaga menentukan stok pasport mencukupi dan sentiasa ada.

Dalam perkembangan lain, Mustafar berkata pihaknya telah melaksanakan 12,000 operasi bermula tahun ini sehingga semalam bagi menggempur pendatang asing tanpa izin (PATI) di seluruh negara.

Seramai 154,000 PATI diperiksa dan 38,000 ditangkap manakala 1,100 majikan ditangkap dan akan dihadapkan ke mahkamah. – BERNAMA

Kategori