Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dapur Asrama Disita, Kontraktor...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan bahawa pelajar Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya...

Warisan Mahu Parlimen Bahas...

PARLIMEN l Ahli Parlimen Warisan menuntut supaya Dewan Rakyat membenarkan usul n mengenai...

Tanjung Piai: Referendum Rakyat

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat di...

Angka Kematian Banjir Di...

FUKUOKA/OITA – Angka kematian akibat hujan lebat dan banjir di selatan Jepun meningkat...

Berpaksi Keupayaan Diri Kerana Matlamat Tidak Halalkan Cara

ARAU – Matlamat tidak pernah menghalalkan cara dan sebab itu lulusan universiti harus berpaksi dan berdiri atas keupayaan diri sendiri, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda mahu para graduan yang mendapat pendidikan tinggi menjadi insan yang berfikiran matang dan boleh membezakan antara baik dan buruk dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

“Beta mahu para graduan mengetepikan keinginan keterlaluan terhadap ‘kebendaan’ kerana ia akan menjerumuskan mereka ke arah tingkahlaku negatif terutama dengan jenayah kolar putih seperti pecah amanah, rasuah dan salahguna kuasa,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin, yang juga Tuanku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertitah menyempurnakan sidang ketiga istiadat konvokesyen ke-13 universiti itu di kampus induknya di Pauh Putra di sini, hari ini.

Sebelum itu, keberangkatan tiba baginda disambut oleh pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP, Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin dan Naib Canselor universiti, Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal.


Menurut Tuanku Syed Faizuddin kegagalan mengawal sikap negatif memberi kesan yang meruntuhkan sesebuah institusi selain sebuah keluarga yang bahagia.

Pada istiadat itu baginda berkenan menyampaikan ijazah Sarjana Muda kepada 153 graduan Komunikasi Media Baharu; Perniagaan Antarabangsa (258 orang) dan Perniagaan (Keusahawanan Kejuruteraan) seramai 246 orang. – BERNAMA

Kategori