Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Akibat Berjudi, 8 Lelaki...

AcCEH – Lapan lelaki yang ditangkap berjudi dikenakan hukuman sebat lima kali di...

Gempa 7.7 Skala Richter...

JAKARTA – Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 Skala Richter di Sulawesi, Indonesia turut...

Menteri Kesihatan Belanda Letak...

AMSTERDAM - Menteri Kesihatan Belanda yang pengsan semasa menghadiri mesyuarat mengenai koronavirus (Covid-19),...

Besan Zahid Hamidi Bersuara:...

KISAH majis perkahwinan anak lelaki Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi...

Betul Ke Saudi Ada Keluar Kenyataan Mengenai Malaysia?

ALKISAH pada 8 Oktober lalu, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mendakwa Kementerian Luar Malaysia dan Arab Saudi bakal keluar kenyataan bersama mengenai hubungan dua negara itu.

Ia bagi jelas status diplomatik Putrajaya-Riyadh yang dikatakan terjejas teruk setelah Pakatan Harapan (PH) ambil alih kuasa pemerintahan negara ini daripada Barisan Nasional (BN) pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.

“Satu kenyataan akan dikeluarkan serentak oleh kerajaan PH dan Arab Saudi secepat mungkin, sama ada hari ini atau esok,” kata Saifuddin selepas merasmikan Pameran Umrah, Haji dan Pelancongan Antarabangsa di ibu negara.

Sekali pandang, kenyataan beliau itu tampak seperti terdesak susulan netizen ‘kecoh’ laporan portal berita pro-PH, The Malaysian Insight bahawa kerajaan minta bantuan bekas menteri BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ahli Parlimen Sembrong yang juga mantan Menteri Tugas Khas dan Pertahanan itu didakwa oleh laman sesawang tersebut ada dipanggil menemui pemimpin PH untuk misi pulih semula hubungan renggang Malaysia-Arab Saudi.

Ia ekoran tindakan biadab PH arah tutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi dan tarik balik 2,000 askar Malaysia yang bertugas kawal Kaabah di Makkah.

Langkah itu sengaja dibuat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai dendam politik peribadi beliau terhadap penyandang sebelumnya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diketahui amat akrab dengan Arab Saudi.

Ini termasuk isu dana RM2.6 bilion daripada kerabat diraja Arab Saudi pada tahun 2013 tetapi ditohmah fitnah oleh Pengerusi PH itu konon dicuri daripada akaun sayap pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kelakarnya di sebalik dakwaan jahat Mahathir itu, beliau tidak berani bertemu Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ketika baginda melawat Malaysia, bahkan tidak berani buat lawatan rasmi ke Arab Saudi selepas PH menang PRU.

Padahnya, buat julung kali dalam sejarah, Riyadh bertindak balas terhadap Putrajaya apabila kuota jemaah haji negara ini kembali kepada asal iaitu 30,200 orang sahaja berbanding semasa era BN dahulu lebih 40,000 orang.

Baca: PH Minta Bantuan Hishammuddin Pulih Hubungan Saudi

Dan: Status Hubungan Malaysia-Saudi Dijelas Dalam Masa Terdekat

Serta: Kerajaan Arab Saudi Tetap Iktiraf UMNO, Mula Sindir PH

Juga: Saudi Hanya Tahu KSCIP Ditutup Melalui Media – Asyraf Wajdi


Lebih parah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dirai Raja Saudi malahan duduk barisan depan pada sambutan Aidiladha di Istana Mina berbanding Menteri Agama, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Begitulah cara Riyadh ‘marah’ ke atas Putrajaya dan isu ini turut didedah Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam interviu eksklusif dengan MYNEWSHUB serentak laporan disiarkan The Malaysian Insight.

Malangnya, seminggu sudah berlalu dan setakat artikel ini ditulis, langsung tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak Wisma Putra dan Kementerian Luar Arab Saudi sentuh isu ‘panas’ berkenaan macam tiada apa-apa berlaku.

Ini cetus persoalan cepumas: Betulkah Saifuddin ada berhubung dengan Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir mengenai kenyataan bersama kedua-dua pihak yang akan dikeluarkan serentak mengenai status hubungan tersebut.

Lucunya, jika betul ada, kenapa isu besar sebegini langsung tidak disiarkan bukan sahaja akhbar-akhbar utama di Arab Saudi, bahkan media ternama di negara-negara rantau Asia Barat sendiri waima mungkinlah terlewat sehari.

Lebih pelik, berita yang diterbitkan oleh agensi berita rasmi BERNAMA itu dan dipetik semua media tempatan; juga tiada dalam senarai agensi berita rasmi negara tersebut, Saudi Press Agency (SPA) termasuk di bahagian arkibnya.

Ironi, Saifuddin dakwa sudah bertemu Adeil semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73 di New York baru-baru ini, namun semakan menerusi laman Kementerian Luar Arab Saudi pula tiada berita itu!

Betulkah Saifuddin jumpa Adeil atau sekadar berselisih bahu sahaja kerana sebarang pertemuan tentu disiar pihak Arab Saudi sama ada menerusi laman sesawang rasmi dan semua akaun media sosial Kementerian Luar negara itu.

Anehnya ini isu besar, tetapi Saifuddin ketika gulung perbahasan usul khas ucapan Mahathir di UNGA pada sidang Dewan Rakyat semalam, langsung tidak sentuh perkara ini dan lebih ‘melalut’ mengenai bajet kecil Wisma Putra.

Apakah cuba disembunyikan oleh Saifuddin sehingga perlu ‘berahsia’ berhubung status terkini hubungan Putrajaya-Riyadh sambil berharap rakyat lupa dan ‘bisu’ tanya permasalahan kerenggangan dua negara ini? – Mynewshub.TV

Kategori