Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PDRM Pertimbang Bagi Ganjaran...

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertimbangkan ganjaran kepada mana-mana pihak...

Kerajaan Guna Model Tender...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengguna...

Anak Menteri Mesir Hadapi...

KAHERAH – Anak lelaki kepada Menteri Imigresen dan Hal Ehwal Ekspatriat Mesir, Nabila...

Datuk Seri Lemas, Sampan...

KUANTAN - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri ditemukan lemas, manakala anak saudaranya...

Bomba Lemas: Kabinet, Ahli Politik Ucap Takziah

KUALA LUMPUR – Menteri-menteri Kabinet dan ahli politik hari ini turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga enam anggota bomba yang lemas di sebuah lombong di Puchong.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam catatan di laman Twitter berkata: “Saya bersedih mendengar berita enam hero anggota pasukan penyelamat terkorban ketika dalam operasi mencari dan menyelamat di Puchong. Takziah kepada ahli keluarga hero-hero ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo pula berkata, berita mengenai insiden itu sangat menyedihkan.

“Ucapan takziah kepada keluarga anggota-anggota bomba yang terkorban semasa melaksanakan tugas. Mereka semua wira Malaysia,” katanya di laman Twitter.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad pula menyifatkan tragedi itu amat menyayat hati, dan beliau pilu mengenangkan wira-wira yang terkorban.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata: “Amat menyedihkan. Takziah kepada ahli keluarga. Keenam-enam anggota bomba yang terkorban memang wira negara”.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar juga menyampaikan ucapan takziah kepada rakan-rakan, keluarga dan rakan sekerja mangsa.

“Tragedi yang sesungguhnya tidak dijangka. Kematian mereka benar-benar menunjukkan pengorbanan yang dilakukan anggota@bomba JBPM demi rakyat,” katanya.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula berkata: “Takziah diucapkan kepada keluarga wira-wira dalam kalangan enam anggota bomba dan penyelamat yang mati lemas ketika operasi mencari dan menyelamat di Lombong Taman Putra Perdana. Moga Allah merahmati roh mereka semua. Al Fatihah”.


Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata: “Marilah kita sama-sama menghargai pengorbanan mereka. Sedia menyelamat. Al Fatihah.”

Enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) lemas ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong pada 9.15 malam tadi.

Kesemua jenazah mangsa disembahyangkan di Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Shah Alam pagi ini dan akan dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan enam anggota bomba tersebut sebagai wira negara yang sanggup berkorban demi memikul amanah dan tanggungjawab terhadap negara dan kesejahteraan rakyat.

Turut menyampaikan ucapan takziah adalah anggota Majlis Keselamatan Aktiviti Air (WASC), Tan Sri Lee Lam Thye.

Lee berkata, satu suruhanjaya siasatan perlu ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian bagi mengelakkan kejadian sama berulang lagi.

“Kematian akibat lemas boleh dihalang jika semua agensi dan pihak berkuasa tempatan proaktif dan tidak menunggu sehingga tragedi berlaku sebelum mengambil tindakan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bomba

Kategori