Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Anggota Keselamatan Dalam Keadaan...

KOTA KINABALU - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata semua pasukan dan...

Kes Volkswagen Palsu: 98...

SINGAPURA – Bulan lalu, rakyat Malaysia gempar apabila media sosial melaporkan penemuan dua...

Video: Cemas Bila ‘Penumpang...

ALAHAI berdebar-debar jadinya menonton video seorang juruterbang ketika sedang mengendalikan sebuah pesawat ringgan.Bukan...

200,000 Dijangka Maut Akibat...

WASHINGTON - Amerika Syarikat mungkin menyaksikan sehingga 200,000 orang maut akibat wabak koronavirus...

Bomba Uzur Di Sabah Perlu Pembaikan

TAWAU – Dua balai bomba di pantai timur Sabah yang uzur iaitu di Semporna dan Lahad Datu perlu dibaiki untuk keselamatan dan keselesaan anggota di balai berkenaan menjalankan tugas operasi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Kamarulzaman Malik Abdullah berkata anggota di Balai Bomba Semporna ketika ini terpaksa menggunakan kuarters perumahan yang disediakan untuk menjalankan operasi.

Beliau berkata peruntukan pembinaan balai bomba di Semporna telah diluluskan dan sepatutnya dibina tahun lepas, namun terdapat masalah teknikal.

“Tetapi kita yakin pembinaannya akan mula masuk tapak pada tahun depan dan kita juga menunggu bajet yang akan diumumkan Perdana Menteri untuk membaik pulih balai-balai bomba lain yang uzur di negeri ini,” katanya kepada pemberita sempena lawatan kerja rasmi ke Balai Bomba dan Penyelamat Tawau di sini hari ini.

Sementara itu, Kamarulzaman mahu anggota dan pegawai bomba di Sabah mencapai 80 peratus lulus ujian kecerdasan fizikal bagi persediaan menghadapi dan melaksana operasi dengan mantap.


Terdahulu, Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau, Ismadi Ismail berkata kawasan pantai timur Sabah terlalu luas dan mempunyai statistik panggilan yang paling tinggi dan kejadian kebakaran yang banyak direkodkan.

Ismaidi berkata pihaknya telah berjaya menyelamatkan harta bernilai RM444 juta dan kerugian sebanyak RM29 juta setakat September lepas. – BERNAMA

Kategori