Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Menarik! Pandangan Pelajar Asing...

SEORANG pelajar dari Malaysia, Thaqib Shaker, yang juga merupakan seorang penulis yang kini...

Kementerian Tunggu Laporan Siasatan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan masih menunggu hasil siasatan polis berhubung kes seorang...

Artis Bergaya Sakan Dengan...

SIAPA je yang tak tahu tagline "Ei muka je putih, tangan hitam" yang diungkapkan oleh...

5 Pelajar Kolej Ditahan...

KUANTAN - Lima pelajar kolej antara tujuh ditahan dipercayai terbabit dalam kes dadah...

Bot Nelayan Perlu Manfaatkan Teknologi SFI

KUALA TERENGGANU – Jabatan Perikanan Malaysia berharap lebih ramai pengusaha vesel atau bot nelayan menggunakan teknologi Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (SFI) pada masa akan datang.

Ketua Pengarah Perikanan Datuk Munir Mohd Nawi berkata ketika ini, hanya 500 hingga 1,000 pengusaha memanfaatkan teknologi itu dan mereka dapat menjimatkan kos operasi antara 30 ke 40 peratus setiap kali turun ke laut.

“Dengan adanya maklumat lokasi ikan ini, nelayan dapat menjimatkan kos keseluruhan operasi (minyak dan masa) berbanding kaedah biasa yang memerlukan nelayan bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain untuk mencari kawasan ikan yang banyak.

“Pada masa sama, teknologi SFI ini juga sentiasa dipertingkatkan agar ketepatan maklumatnya mencapai hampir ke 100 peratus untuk manfaat nelayan,” katanya kepada pemberita pada majlis pembukaan kursus latihan akustik antarabangsa di sini, hari ini.

SFI mula dibangunkan melibatkan beberapa kementerian diketuai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) dan agensi kerajaan lain pada 2010.

Ia mula digunakan pada 2011 dengan tujuan membantu meningkatkan hasil tangkapan ikan nelayan di laut dalam (lesen B, C dan C2) melalui penggunaan teknologi remote sensing, Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).


Mengulas lanjut, Munir berkata Jabatan Perikanan akan terus memberi penerangan mengenai faedah teknologi SFI melalui kerjasama dengan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) seluruh negara secara berperingkat.

“Setakat ini, penggunaan teknologi ini adalah percuma untuk semua pengusaha vesel yang berdaftar dengan jabatan cuma kesedarannya masih belum meluas lagi,” katanya.

Setakat ini, terdapat kira-kira 8,000 pengusaha vesel untuk lesen B dan masing-masing 1,000 pengusaha untuk lesen C serta C2 di seluruh negara. – BERNAMA

Kategori