Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rumah Diroboh, Terpaksa Tinggal...

SUNGAI BULOH - Penduduk berhampiran Sungai Kedondong, Paya Jaras kecewa tindakan Kerajaan Negeri...

Xiaomi Redmi 3 Pro...

AWAL tahun ini, Xiaomi telah memperkenalkan Xiaomi Redmi 3 untuk pasaran peranti mampu...

Kerajaan Sabah Berusaha Sedia...

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah akan melaksanakan segala kemampuan untuk menyediakan peluang pekerjaan...

DUN Johor Perhalusi Enakmen...

JOHOR BAHRU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan memberi perhatian dan memperhalusi...

Britain, Australia Kerjasama Dengan UMNO Untuk Jadi Semula Kerajaan

ERAT… Ini bukan pun isu baharu dan bagi pengamat politik tempatan, hubungan UMNO dengan kerajaan Britain di bawah parti pemerintah, Konservatif sudah pun lama dijalin sebelum merdeka.

Malahan negara bekas penjajah itu memiliki cawangan Kelab UMNO paling banyak berbanding di negara lain yang disertai ramai anak Melayu dan berperanan bantu warga Malaysia khasnya penuntut universiti dalam isu kebajikan.

Kebetulan, jalinan politik UMNO-Konservatif bermula ketika rombongan Perikatan diketuai Tunku Abdul Rahman Putra datang ke London pada 1956 bagi dapat tarikh kemerdekaan selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU) 1955.

Perdana Menteri Britain ketika itu, Sir Anthony Eden ialah pemimpin Konservatif. Parti itu dikenang rakyat jajahan empayar Inggeris kerana semua negara Komanwel merdeka daripada Britain semasa era pentadbiran Konservatif.

Ironi, jika Britain diperintah parti Buruh, suasana adalah sebaliknya! Bahkan hubungan Malaysia di bawah UMNO dengan Britain agak renggang semasa negara itu diperintah Buruh mungkin atas faktor perbezaan ideologi siasah.

Buruh lebih ke arah fahaman sosialisme. Keadaan sama turut dialami dengan Australia apabila hubungan Putrajaya-Canberra rapat ketika negara itu ditadbir Konservatif yang kemudian ‘dijenamakan’ sebagai Parti Liberal Australia.

Namun, jika Buruh yang berkuasa di Australia, jalinan diplomatik lazimnya agak dingin. Untuk rekod, UMNO juga ada hubungan kerjasama siasah dengan puluhan parti politik asing di lebih 20 buah negara sejak tujuh dekad lalu!

Baca: Arab Saudi Tetap Iktiraf UMNO, Mula Sindir PH

Ahmad Zahid bertukar cenderamata dengan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Andrew Goledzinowski.

Ini termasuk Hamas dan Fatah di Palestin selain dengan pembangkang di negara tertentu, antaranya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura; yang dahulunya ialah UMNO sebelum diharamkan pemerintah republik tersebut.

Kini, hubungan dengan parti luar tetap diterus waima UMNO menjadi pembangkang, Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan rasmi delegasi kanan Britain di ibu pejabat parti itu.


Portal UMNO Online melaporkan, kunjungan itu diketuai Timbalan Menteri Luar Bagi Hal-Ehwal Asia-Pasifik dan Komanwel Britain, Mark Field sertai dihadiri Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, David Thomas.

Kunjungan sedemikian adalah yang kali pertama diadakan sejak Ahmad Zahid memegang jawatan presiden parti. Ia sekali gus membuktikan bahawa Britain di bawah Konservatif tetap kekal hubungan baik dengan pihak UMNO.

Dalam pertemuan selama 40 minit itu, kedua-dua pihak saling bertukar idea dan pandangan termasuk kedudukan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO dalam situasi status ‘kerajaan menunggu’ atau government-in-waiting.

Perkara lain yang disentuh adalah kerjasama Britain dengan UMNO dan isu–isu berkaitan perihal kerajaan Pakatan Harapan (PH) di samping tidak ketinggalan isu jenayah keganasan global dan keselamatan di Laut China Selatan.

Hari ini pula, Ahmad Zahid ceria menerima kunjungan hormat delegasi kerajaan Australia diketuai Pesuruhjaya Tingginya ke Malaysia, Andrew Goledzinowski dan berlangsung di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Dalam pertemuan berkenaan, mereka berdua dapat berpeluang bertukar pendapat mengenai suasana politik semasa di negara ini serta rancangan kerjasama erat antara pihak UMNO dan parti pemerintah Australia. – Mynewshub.TV

Kategori