Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Khadijah’s Kitchen Lebar Sayap...

MELAKA - Khadijah's Kitchen Sdn Bhd, syarikat milik penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim, akan...

1,372 Kes Baru, 3...

Sebanyak 1,372 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,456,736.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJumlah...

Koperal Aksem Didakwa Tiga...

KANGAR - Seorang anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) mengaku tidak bersalah di...

Hadiah Lahirkan Yusuf, Hairul...

BAGI menghargai pengorbanan isteri melahirkan zuriat mereka, pelakon Hairul Azreen telah menghadiahkan percutian...

Britain Tarik Balik Visa Suspek Bunuh Wartawan

LONDON – Britain akan menarik balik visa suspek Arab Saudi yang terbabit dalam pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, kata Perdana Menteri Theresa May hari ini.

“Setiausaha Dalam Negeri mengambil tindakan ke atas semua suspek untuk melarang mereka memasuki negara ini.

“Jika individu itu memiliki visa buat masa ini, ia akan ditarik balik hari ini,” katanya kepada Parlimen.

Tindakan itu mengikut langkah sama dilakukan Amerika Syarikat semalam.

Kematian Khashoggi dalam bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu menambah tekanan ke atas kerajaan pimpinan May untuk menggantung penjualan senjata kepada negara itu.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai Canselor Jerman, Angela Merkel, menggantung penjualan senjata kepada Riyadh, May menegaskan kawalan eksport pertahanan Britain adalah antara paling ketat di dunia.


May menambah, beliau akan terus mengenakan tekanan diplomatik ke atas pemimpin Arab Saudi untuk melengkapkan siasatan segera dan telus, dan akan bercakap dengan Raja Salman hari ini.

Media Britain melaporkan bahawa Maher Abdulaziz Mutreb, yang dinamakan media Turki sebagai ketua operasi membunuh Khashoggi, pernah bekerja di kedutaan Arab Saudi di London. — AFP

Kategori