Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Benita Bantu 65 Anak...

KUALA LUMPUR - Seramai 65 penghuni Rumah Anak Yatim Nur Qaseh, Taman Melawati...

Taman Tema Air Tasik...

KUALA TERENGGANU - Taman Tema Air Tasik Kenyir di Pulau Poh mencatatkan sebanyak...

Buru Pengganas LTTE

SELAMA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan menentang habis-habisan dan akan menangkap...

Polis Rampas Dadah Bernilai...

KOTA BAHARU - Polis Kelantan merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM98,600...

Buah Tin Tarikan Baharu Pelancong Di Janda Baik

BENTONG – Satu lagi kawasan peranginan tanah tinggi di Pahang, Janda Baik, bakal menjadi pusat tarikan pelancong bila muncul sebagai hub penanaman buah tin (nama saintifik: Ficus Carica) setelah hampir satu hektar ladang buah berkenaan diusahakan di kawasan itu.

Kawasan ini dijangka akan menyaingi Cameron Highlands, sebuah lagi kawasan tanah tinggi di negeri ini yang terkenal sebagai pusat tanaman strawberrry dan ladang teh.

Pengarah Pelancongan Pahang Datuk Idrus Yahya berkata Janda Baik memang sudahpun dikenali sebagai kawasan agro pelancongan, kerana kaya dengan keindahan alam semula dan tanaman Halia Bentong.

“Berkonsepkan leasure farming, pengunjung ke ladang buah tin ini boleh memetik dan merasai kesegaran buah itu seperti memetik strawberry di Cameron Highlands,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Musim Menuai Buah Tin di Benefigs, di sini hari ini .

Majlis disempurnakan oleh Anggota Dewan Undangan Ketari Young Syefura Othman dan pemilik ladang berkenaan Mohamad Hafidz Arifin, 32, bekas kakitangan sebuah syarikat minyak dan gas.

Ladang berkenaan berkeluasan 929 meter persegi (10,000 kaki persegi) mempunyai sebanyak 400 pokok tin yang kini mula membuahkan hasil yang meraih harga pasaran hingga RM80 sekilogram.

Setakat ini difahamkan terdapat seramai tiga pengusaha ladang buah tin di Janda Baik dan bakal diperluaskan secara berperingkat-peringkat.


Katanya ini selaras dengan Dasar Eko Pelancongan Negara 2016-2025 yang mana kerajaan menggalakkan aktiviti pelancongan dilaksanakan penduduk tempatan khususnya golongan belia bagi membantu mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan untuk rakyat setempat.

Sementara itu, Young Safura berkata kerajaan amat mengalu-alukan lebih ramai golongan muda khasnya terlibat dalam bidang eko pelancongan seperti itu untuk meningkatkan lagi taraf ekonomi penduduk setempat selain mempelbagaikan produk pelancongan di satu-satu kawasan.

“Kita dapati buah tin biasanya ditanam di Timur Tengah, namun kali ini kita boleh mendapatkannya secara segar di Janda Baik dan ini menjadi faktor penarik untuk lebih ramai pelancong berkunjung ke sini selain untuk menikmati keindahan alam semula jadinya,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori