Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kejohanan Maraton Asia Ke-16...

DONGGUAN - Pada 26 November, Kejohanan Maraton Asia ke-16 & Maraton Antarabangsa Dongguan...

“Lost The Battle But...

KOTA BHARU - Parti Amanah Negara (PAN) belum tewas walaupun Mahkamah Tinggi di...

Najib Terima Kunjungan Hormat...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan...

Dipenjara Kerana Cederakan Bekas...

KUALA LUMPUR - Akibat mencederakan bekas teman wanitanya, seorang pembaik alat pendingin hawa...

Buat Lawak Bodoh Di Twitter, Nik Nazmi Teruk Dikecam

GARA-GARA tweet lawak hambar ditujukan pada isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Ahli Parlimen PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dikecam hebat di Twitternya hari ini.

Nik Nazmi merujuk kepada cerita dongeng Snow White, menceritakan Rosmah mungkin semasa suaminya masih perdana menteri melihat cermin dan bertanya siapa FLOM (wanita pertama) tercantik.

Coretan itu serta merta dikecam ramai, termasuk sebahagian besarnya dipercayai penduduk Setiawangsa sendiri, yang menimbulkan masalah rakyat di kawasan itu yang masih belum diselesaikan.

“YB fokus kerja la, dulu setiap minggu boleh nampak Datuk Fauzi turun padang dengan orang Setiawangsa/AU (tanpa lihat ig/fb) beliau. Sekarang ni susah nak nampak wakil rakyat turun setiawangsa,” kata seorang pengguna Twitter dikenali Omar Othman.

Teguran itu disambut pengguna lain, yang menggunakan nama Azmi Quttu: “Status YB tidak mencantikkan tweet YB itu. Seperti kata @omar_othmannn dahulu ada banyak program dianjurkan oleh pejabat YB Setiawangsa termasuklah di PPR (PPR Air Panas contohnya). Gurau senda ada masanya. Me neither left nor right, what is inappropriate is inappropriate.


Sebahagian besar balasan terhadap coretan beliau itu berupa kritikan dan kecaman daripada orang ramai, yang menganggap lawaknya itu sebagai tidak matang dan memalukan.

Mereka mendesak Nik Nazmi sendiri melihat cermin dan menilai apa yang beliau sendiri kerjakan sebagai seorang ahli Parlimen.

Insiden ini ialah yang terbaru ahli politik Pakatan Harapan dikecam hebat di media sosial ekoran kenyataan yang dianggap tidak bijak, atau mendedahkan hal yang tidak sepatutnya.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara yang kerap dikecam kerana kenyataan dan paparan aktiviti yang mengundang kemarahan. – Mynewshub.tv

Kategori