Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Superman Biadap DAP Keluar...

PELIK lagi ajaib... Selama ini beliau langsung tidak pernah ambil peduli kutukan netizen...

Faizal Tahir Mahu Kekal...

Penyanyi Faizal Tahir menganggap kemenangannya dalam kategori Penyanyi Kolaborasi Terbaik di Era Digital...

Prestasi Kewangan Johor Dalam...

ISKANDAR PUTERI - Prestasi kewangan negeri Johor berada dalam kedudukan baik dengan mencatatkan...

Lempang Kekasih ‘Gatal’ 41...

SEORANG wanita dilihat melempang teman lelakinya sebanyak 41 kali menerusi satu rakaman video...

Budak 2 Tahun Terperangkap Dalam Kereta

RAWANG – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terperangkap hampir sejam dalam kereta bapanya ketika berhenti untuk mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Jalan Batu Arang, Batu 22 Sungai Bakau di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa dikatakan ditinggalkan sebentar oleh bapanya yang ke kaunter untuk membuat pembayaran dalam keadaan enjin dan pendingin hawa kereta terpasang.

Bagaimanapun, sebaik bapanya kembali ke kereta dan mengisi minyak, dia mendapati pintu kereta sudah terkunci dan gagal membukanya dipercayai akibat perbuatan anaknya yang bermain dengan kunci kenderaan berkenaan.

Selepas beberapa minit gagal memujuk anaknya untuk membuka pintu kereta, bapa mangsa akhirnya terpaksa menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

Bomba yang menerima panggilan pada jam 12.15 tengah hari menghantar satu jentera bersama tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang ke lokasi untuk kerja menyelamat.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Noor Fazida Tina Muhamad Noor, berkata pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan menggunakan beberapa peralatan khas.

“Kita terpaksa buka ‘fender’ (dapra) dan but kereta terbabit sebelum anggota kita masuk melalui but kereta berkenaan untuk membuka pintu kenderaan.


“Ketika proses berkenaan dijalankan, mangsa sudah terlena di tempat duduk pemandu mungkin kerana kepenatan dan tidak menyedari apa yang berlaku di sekelilingnya,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Beliau berkata ibu bapa dan mana-mana pihak tidak sewajarnya melakukan kecuaian sedemikian kerana kejadian seperti itu sudah acap kali berlaku.

Katanya, kejadian sebelum ini sepatutnya dijadikan iktibar untuk tidak meninggalkan kanak-kanak bersendirian dalam kenderaan. – BH Online

Kategori