Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

14 Lagi Jenazah Mangsa...

POKOK SENA - Sebanyak 14 lagi jenazah mangsa pemerdagangan manusia yang ditemui di...

Ahli Perniagaan Mati Ditembak

KUANTAN - Seorang warga emas berusia 63 tahun maut ditembak dalam sebuah kenderaan...

Insiden Barcelona: Perlakuan Sinis...

KUALA LUMPUR – Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) mengutuk sekeras-kerasnya insiden van merempuh...

Gambar: Kejayaan Selebriti Barat...

MENJADI selebriti, imej dan penampilan diri perlu diutamakan untuk kelihatan sentiasa menarik, cantik...

Calon PT3 Maut Jatuh Dari Tingkat 11 Pangsapuri

GEORGE TOWN – Seorang calon ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat 11 pangsapuri didiami keluarganya di Lebuh Sungai Pinang 1, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata remaja perempuan berusia 15 tahun itu ditemukan di tepi kolam pangsapuri tersebut oleh seorang pekerja pembersihan pada pukul 8.45 pagi sebelum menghubungi polis.

“Berdasarkan siasatan, mangsa terjatuh dari tingkap bilik tidurnya dan semasa ditemukan dia lengkap berpakaian baju tidur, namun tidak berkasut. Remaja perempuan itu turut meninggalkan tiga surat untuk ibunya dan dua rakannya,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat remaja perempuan itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Katanya siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu. – BERNAMA

Kategori