Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ibu Maut Dengan Kesan...

BACHOK – Seorang ibu berpantang selepas melahirkan anak keempat yang ditemui mati di...

Larangan Sekolah Sertai Sambutan...

PADANG TERAP - Arahan larangan kepada semua sekolah di Pulau Pinang daripada menyertai...

‘Pentadbiran Baharu’ AS Bermula...

WASHINGTON - Presiden Donald Trump pada Khamis berkata 'pentadbiran baharu' akan mula mengambil alih akhir bulan...

Artis Berhijab Perlu Tampil...

SEJUK mata memandang apabila melihat kebanyakan artis wanita tempatan sudah mula mengenakan hijab.Terbaharu...

China Lancar Jambatan Terpanjang Dunia

ZHUHAI – Jambatan laut terpanjang di dunia yang menghubungkan Hong Kong, Macau dan tanah besar China akan dilancarkan hari ini ketika Beijing berusaha untuk mengetatkan cengkamannya ke atas wilayah semi-autonomi China itu.

Presidennya, Xi Jinping dijangka merasmikan upacara bersejarah itu di bandar utama Zhuhai, pagi ini, tetapi maklumat terperinci mengenai majlis itu masih dirahsiakan.

Jambatan sepanjang 55 kilometer dilengkapi jambatan jalan raya dan terowong bawah laut yang menghubungkan pulau Lantau ke Zhuhai dan kawasan perjudian Macau, merentasi perairan Pearl River Estuary.

Difahamkan ia adalah projek infrastruktur utama kedua terbesar yang menghubungkan Hong Kong ke tanah besar China yang bakal beroperasi, selepas pembukaan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi hujung bulan lalu.

Pengkritik berkata jambatan bernilai berbilion bilion dolar itu adalah satu cara untuk mengintegrasikan Hong Kong kepada China.


Jambatan mega itu akan dibuka kepada kenderaan awam esok, sehari selepas majlis perasmiannya.

Pembinaan yang bermula pada 2009 itu berdepan beberapa masalah seperti kelewatan, perbelanjaan berlebihan, tuduhan rasuah dan kematian pekerja pembinaan. – AFP/myMetro Online

Kategori