Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Teliti Dalam Hasilkan Berita...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata...

Doktor Pakar Perlu Periksa...

BATU GAJAH - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah meminta doktor pakar...

Afdlin Kini Bergelar Datuk,...

PENGASAS kosmetik, Dato' Aliff Syukri Kamarzaman dan pengarah filem terkenal, Afdlin Shauki Aksan...

‘Pork Meat Test’ Bukan...

IFTITAH Solutions (M) Sdn. Bhd., pemilik jenama Rapidtest dan produk Pork Meat Test...

Clare & Penulis Buku “Billion Dollar Whale” Bergaduh

CLARE Rewcastle Brown tuduh Tom Wright dan Bradley Hope (journalist WSJ) menggunakan sumber Sarawak Report untuk menulis buku mengenai 1MDB, “Billion Dollar Whale”.

Persoalannya apakah sumber Sarawak Report merupakan bukti yang “credible”?

Semasa sesi promosi buku berkenaan di KL, Wright menggelabah bila ditanya oleh seorang peserta yang hadir, apakah dia ada dokumen sebagai bukti yang boleh digunakan di Mahkamah.

Jawapan beliau ialah jangan tanya kerana dia bukan pendakwa raya. Sebenarnya kedua-dua pihak yang bergaduh ini memperniagakan isu 1MDB untuk mencari keuntungan.

Bahkan Wright dan Hope telah pun membuat perjanjian bersama Datuk Michelle Yeoh untuk menerbitkan sebuah filem berasaskan buku tersebut.

Kini warga Switzerland, Xavier Andre Justo yang pernah ditahan di Thailand juga ingin menukis sebuah buku mengenai isu 1MDB.

Mohd Puad Zarkashi

Bekas Peguam Negara, Ghani Patail pernah mengatakan sejak tahun 2015 lagi mereka sudah bersedia untuk mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak.


Tetapi lama kelamaan masa membuktikan, isu 1MDB hanyalah tunggangan untuk diperniagakan, politik dan fitnah. Peguam terkenal TS Shafie Abdullah telah membaca buku “Billion Dollar Whale” tiga kali.

Menurut beliau, ia hanyalah buku Hollywood. Ia bukan buku bukti perundangan tetapi untuk buat filem. Pada beliau lebih baik baca laporan DOJ Vol 1-3. Itu pun tiada siapa yang kena dakwa.

SPRM sendiri kata siasatan baru siap 60 peratus. Sebenarnya 1MDB telah dibakul sampahkan oleh mereka sendiri.

Mohd Puad Zarkashi
9.10.2018

Kategori