Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Diskaun Tol Kelas 1...

PETALING JAYA - Diskaun tol sebanyak 30 peratus akan diberikan kepada setiap pengguna...

Bank Dunia Tangguh Projek...

WASHINGTON – Bank Dunia menangguhkan empat projek kemanusiaan di Afghanistan yang berjumlah AS$600...

Faizal Saari Terpaksa Digugurkan...

SEPANG - Penyerang berpengalaman skuad kebangsaan, Faizal Saari terpaksa digugurkan di saat-saat akhir...

Kereta Schumacher Mampu Capai...

LONDON : Kereta Ferrari yang dipandu Michael Schumacher pada musim 2003 adalah jentera...

Coca-Cola, PepsiCo, Nestle Pengeluar Sampah Plastik Terbesar Dunia

LONDON – Kumpulan Greenpeace mendakwa syarikat minuman Coca-Cola, PepsiCo dan Nestle merupakan pengeluar sampah plastik terbesar di dunia.

Menurut laporan Greenpeace dengan kerjasama gerakan `Break Free From Plastic’, pihaknya terpaksa melakukan sebanyak 239 pembersihan plastik di 42 negara seluruh dunia.

Melalui usaha pembersihan itu mereka berjaya mengumpul sebanyak 187,000 keping plastik.

Usaha itu dilakukan bertujuan untuk menyedarkan syarikat besar tentang `sumbangan’ mereka terhadap masalah pencemaran dunia.

Greenpeace melaporkan, Coca-Cola yang merupakan syarikat minuman ringan terbesar di dunia menduduki tempat pertama sebagai pengeluar sampah plastik dengan sampah plastik berjenama Coke ditemukan di 40 daripada 42 negara.

“Audit jenama yang dilakukan jelas membuktikan peranan yang dimainkan syarikat besar yang menyebabkan krisis pencemaran plastik global,’’ kata penyelaras global `Break Free From Plastic’, Von Hernandez.


Secara keseluruhan, jenis plastik yang sering ditemukan adalah polistirena dalam bentuk pembungkusan makanan dan cawan diikuti `Polyethylene terephthalate’ (PET) yang digunakan dalam botol dan kontena.

Sementara itu jurucakap Coke dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya berkongsi matlamat dengan Greenpeace untuk menghapuskan sampah di lautan dan bersedia untuk membantu menangani cabaran tersebut.

Selain itu syarikat berkenaan berikrar untuk mengutip dan mengitar semula setiap botol dan tin yang dijual menjelang 2030. – Reuters

Kategori