Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kelak, Pelancong Malaysia Akan...

APABILA ke luar negara, anda akan diberikan pilihan untuk menggunakan perkhidmatan perayauan data...

Suami Isteri Tak Mengaku...

JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

LHDN Saman Addy Kanna,...

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengheret seorang ahli perniagaan yang sebelum ini ditahan atas tuduhan berkaitan perjudian dalam talian, atas dakwaan memiliki tunggakan cukai sebanyak RM1.4 juta.

10 Juta Penduduk Ukraine...

GENEVA – Dianggarkan seramai 10 juta penduduk Ukraine telah meninggalkan kediaman masing-masing akibat...

Daesh Bunuh 68 Pejuang Syria Disokong AS

BEIRUT – Militan Daesh membunuh sekurang-kurangnya 68 pejuang disokong Amerika Syarikat yang berperang untuk mengusir pergerakan itu dari kubu mereka, Hajin di timur Syria, kata pemerhati perang semalam.

Lewat kelmarin, Daesh melancarkan pengeboman nekad sebagai sebahagian serangan balas terhadap Pasukan Demokratik Syria (SDF), kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), menambah angka korban daripada 41.

Anggota SDF, yang dibantu serangan udara tentera diketuai AS, maut semalam, kata SOHR yang beribu pejabat di Britain.

“Angka kematian meningkat selepas mangsa baru ditemui di barisan hadapan dan 100 lagi cedera,” kata ketua pertubuhan itu, Rami Abdel Rahman.

Jurucakap bagi tentera pakatan diketuai AS berkata, buat masa ini bilangan yang terbunuh tidak dapat disahkan kerana kedua-dua pihak berhadapan kematian kerana pertempuran sengit berlanjutan.


“Ribut pasir membolehkan Daesh melancarkan serangan balas, yang mengejutkan memandangkan keadaan ketika itu, tetapi kini udara sudah jelas, tentera akan terus meningkatkan bantuan udara dan tembakan untuk membantu rakan kami,” kata jurucakap tentera pakatan, Sean Ryan.

Dalam kenyataan di aplikasi mesej Telegram, Daesh berkata ia menyerang kampung Sousa lewat kelmarin dan meletupkan bom kereta berhampiran kampung Al-Baghuza di selatan. — AFP/BH ONLINE

Kategori