Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Khidmat Tengku Adnan Di...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, adalah figura yang sudah sedia...

Jerebu: Tabika Kemas Tutup...

PUTRAJAYA - Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan ditutup akibat...

2 Lelaki Kemboja Maut...

DUNGUN - Dua lelaki warga Kemboja maut selepas motosikal dinaiki mereka merempuh belakang...

Kisah Boy Of Bengal...

KITA sering kali mendengar berita kembar siam bercantum anggota badan. Namun apa yang terjadi...

Dasar Luar Harus Beri Manfaat Pada Rakyat – Asyraf Wajdi

KERAJAAN harus melaksanakan dasar luar yang mengutamakan natijah yang bermanfaat pada rakyat, dan meneruskan hubungan baik dengan semua negara demi kepentingan negara, tegas Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, tidak sewajarnya “kita bercakap berdegar-degar, menghentam orang, tapi pada masa yang sama, hubungan dagang terbesar kita ialah dengan negara kuasa-kuasa besar ini.

“Justeru, adalah lebih baik kita mengutamakan substance dan bukan retorik dalam mengendalikan dasar luar negara,” katanya ketua Pergerakan Pemuda UMNO ini dalam satu wawancara eksklusif dengan Mynewshub.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Substance dasar luar kita sejak dulu ialah, kita tidak bermusuh dengan mana-mana negara, kita tidak mencampuri urusan politik mana-mana negara, (pada masa yang sama) kita tidak mengikat diri dengan mana-mana negara kuasa besar,” tegas Asyraf.

Jelasnya, dasar berbaik dengan semua ini perlu diteruskan demi untuk memberikan keberuntungan pada rakyat Malaysia akhirnya.

Beliau menjelaskan bagaimana hubungan yang mesra antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden China telah menjadi faktor mendorong China membeli banyak komoditi Malaysia terutama kelapa sawit.

“Ini menyebabkan harga sawit dan harga getah kita melonjak tinggi. Bila harga melonjak, untungnya pada peneroka, pada rakyat kita,” katanya.

Katanya, penting disedari bahawa apa yang diucapkan oleh pemimpin di atas, akan memberi kesan pada rakyat di bawah.

Menurut Asyraf lagi, hal yang sama juga dalam melibatkan hubungan dengan Arab Saudi.

Kesediaan Malaysia menyediakan lokasi untuk pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman juga memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.


“Pusat ini menjadi simbol keakraban antara dua negara, antara Malaysia dengan Arab Saudi,” ujarnya.

Hasilnya, menurut Asyraf, kita mendapat keistimewaan yang tidak diperolehi oleh negara lain.

“Kita pernah mengumumkan secara rasmi jumlah kuota haji Malaysia sebanyak 20,000, tetapi jumlah sebenarnya ialah 30,000 (dan dengan tambahan lagi),” katanya.

Katanya, Malaysia berbaik dengan Arab Saudi dan hasilnya Malaysia mendapat pelbagai keistimewaan, terutama kuota haji bagi memudahkan rakyat, yang pada masa kini berdasarkan kiraan, perlu menunggu hingga 120 tahun untuk tiba giliran.

“Hubungan yang baik dengan Arab Saudi ini memberi kemudahan kepada rakyat kita.

“Apakah ini salah?” soal Asyraf.

Kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil beberapa tindakan yang menjejaskan hubungan dengan Riyadh, hingga dijangka menyukarkan kerjasama termasuk dalam hal haji.

Semalam, dilaporkan kerajaan Malaysia meminta bantuan daripada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk memulihkan hubungan dengan Arab Saudi, selepas hubungan terjejas di bawah kerajaan baharu. – Mynewshub.tv

Kategori