Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Saya Dipanggil Sebagai Saksi”...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memberi keterangan...

Seluar Terlondeh Ketika Cuba...

SEORANG remaja lelaki terpaksa menanggung malu apabila seluarnya terlondeh semasa cuba bergambar 'selfie'...

Takaful Ikhlas Sumbang 12...

KUCHING - Takaful Ikhlas Berhad, penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan menunaikan tanggungjawab sosial korporatnya...

Menakjubkan, Lelaki Terselamat Walau...

China - Seorang pekerja pembinaan masih hidup meskipun kepalanya tertusuk dengan besi, dalam...

Dasar Pengurusan Aset Kerajaan Dikaji Semula

PUTRAJAYA – Dasar Pengurusan Aset Kerajaan perlu dikaji semula agar ia lebih relevan bagi memastikan semua aset diurus secara sistematik, holistik dan lestari, kata Menteri Kerja Raya Baru Bian.

Beliau berkata dasar itu yang dilancarkan pada 27 Mac 2009, menjelaskan hala tuju, prinsip dan strategi pelaksanaan pengurusan aset yang perlu dipatuhi oleh setiap agensi kerajaan.

Katanya, ia juga akan menjadi pemangkin kepada keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dalam usaha kerajaan mengharungi cabaran kedudukan kewangan dan ekonomi.

“Contohnya, reka bentuk kebolehsenggaraan diterapkan lebih awal di peringkat perancangan pewujudan aset.

“Dasar ini diharap dapat mengatasi masalah reka bentuk bangunan yang tidak sesuai, mudah diselenggara serta menjimatkan kos operasi dalam pengurusan aset kerajaan,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pengurusan Aset dan Fasiliti Negara 2018 (NAFAM 2018).

Menurut Bian, statistik Sistem Pengurusan Aset Tak Alih, menunjukkan aset kerajaan yang didaftarkan berjumlah 38,000 premis yang turut merangkumi lebih 170,000 blok bangunan.

Katanya setiap tahun kerajaan telah menyediakan peruntukan besar kepada agensi-agensi bagi tujuan operasi dan penyenggaraan aset serta infrastruktur awam.


Di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya tahun lalu, kerajaan membelanjakan RM1.9 bilion untuk kontrak perkhidmatan manakala kos penyenggaraan jalan-jalan persekutuan adalah RM832.7 juta.

“Jumlah ini mewakili hanya sebahagian kecil kos operasi dan penyenggaraan aset negara. Bayangkan jika diambil keseluruhan kos, ia mencecah RM10 bilion setahun,” katanya.

Bian turut meminta badan profesional berkaitan dan institusi pengajian tinggi memainkan peranan untuk meningkatkan tahap kompetensi agar setanding dengan amalan di peringkat antarabangsa.

Bertemakan ‘High Performance Asset: Forging Ahead’ seramai 38 pembentang kertas kerja tempatan dan antarabangsa dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan Singapura menyertai konvensyen itu yang dihadiri lebih 1,000 peserta. – BERNAMA

Kategori