Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Aliff Aziz Marah, Bella...

PADA 4 November lalu, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz seakan-akan mengamuk apabila Afifah...

Nilai Ringgit Ke-4 Terburuk...

JIKA dulu, Pakatan Harapan (PH) sering buat cerita jahat konon ringgit tidak laku...

Peniaga Buat Tuntutan Palsu...

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mendapati segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan membuat tuntutan...

JHEV ATM Kutip Semula...

MEMBAKUT - Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) sedang mengutip...

Datuk Bandar Maut Ditembak Di Utara Filipina

MANILA – Seorang datuk bandar di Wilayah La Union, yang terletak di utara Filipina, telah ditembak mati pada Isnin malam oleh sekumpulan lelaki bersenjata, lapor agensi berita China Xinhua.

Polis pada Selasa berkata Alexander Buquing dan isterinya, yang juga naib datuk bandar, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka selepas satu upacara penjagaan mayat apabila sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah kereta mereka.

Buquing, yang merupakan Datuk Bandar Sudipen, dan pemandu serta seorang pengawal peribadinya meninggal dunia di tempat kejadian manakala isteri beliau, Wendy Joy Buquing, cedera.

Polis berkata 39 kelongsong peluru telah ditemui berhampiran kereta itu.

Polis sedang menyiasat motif serangan itu.

Buquing, yang berusia 50-an, adalah datuk bandar ke-12 terbunuh sejak Presiden Rodrigo Duterte mengambil alih jawatan pada Jun 2016.


Sekurang-kurangnya enam naib datuk bandar turut terbunuh sejak pentadbiran Duterte.

Polis berkata pembunuhan itu mungkin ada kaitan dengan pilihan raya tempatan yang bakal berlangsung pada Mei tahun depan. – BERNAMA

Kategori