Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Bangunan UMNO Di Jalan...

ISKANDAR PUTERI - Ketua Pembangkang Johor Datuk Ir Hasni Mohammad menegaskan bahawa bangunan...

“Tak Percaya PKR Kini...

PORT DICKSON – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berseloroh menyatakan dirinya tidak...

Mangsa Banjir Di Johor...

JOHOR BAHRU : Jumlah mangsa banjir di Johor kian menurun kepada 3,872 orang...

KPDNKK Akan Pinda Dua...

SELAMA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan meminda beberapa...

Dewan Rakyat: Pantun Noh Cetus Kekecohan

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat pagi ini kecoh susulan pantun dilontar Tan Sri Noh Omar (BN-UMNO-Tanjong Karang) ketika mengemukakan soalan kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pada sesi pertanyaan bagi jawapan lisan.

Ia berikutan pantun diutarakan Noh berbaur provokasi berbunyi ‘Bangun pagi terus bersenam, kaki sakit ubat disapu, soalan saya nombor enam, menteri jawab janganlah tipu’.

Susulan itu, Guan Eng meminta Noh supaya menarik balik pantun itu dan pada masa sama Abdullah Sani (PH-PKR-Kapar) turut ‘menjerit’ menyifatkan pantun itu sebagai sangkaan jahat kepada menteri.

Hal ini menarik perhatian Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang mengarahkan Noh menarik balik pantun itu kerana mempunyai andaian menteri akan menipu ketika memberi jawapan.

“Ini menimbulkan isu sangkaan jahat terhadap seorang Yang Berhormat. Tarik balik. Melalui pantun atau sebagainya, intipatinya adalah sangkaan jahat. Tarik balik Tanjong Karang,” tegas Mohamad Ariff.

Walaupun begitu, Noh tetap mempertahankan pantun yang dikemukakan dengan alasan ia sebagai peringatan kepada menteri supaya memberi jawapan yang betul dan tidak menipu.


Selepas berulang kali diasak dan diminta menarik balik oleh Mohamad Ariff, Noh akhirnya menarik balik pantun berkenaan tetapi tetap berkeras mahu menteri memberi jawapan yang tidak mengelirukan dewan.

Dalam soalannya, Noh meminta Menteri Kewangan menyatakan perkembangan terkini perbincangan kerajaan dengan kerajaan China berkenaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan berapa kos keseluruhan dibelanjakan pemaju projek. – BH ONLINE

Kategori