BHUBANESWAR – INDIA. Penderitaan seorang gadis yang menjadi mangsa culik dan rogol berakhir selepas dia diselamatkan polis dalam kejadian yang mencetuskan kemarahan ramai di Bengal Barat.
Mangsa yang berasal dari Kolkata itu dipercayai dikurung selama 10 hari di tingkat atas sebuah premis di Konark.
Polis berkata, selain dirogol mangsa juga dipaksa melacurkan diri.
“Sekurang-kurangnya 15 lelaki telah merogol mangsa.
“Mangsa mengaku mengenali penculiknya dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan,” kata jurucakap polis.
Mangsa diselamatkan selepas orang ramai mendengar jeritan dan tangisan gadis terbabit sebelum melaporkan perkara itu kepada polis.
Bomba turut dipanggil bagi memecahkan pintu premis berkenaan.
Mangsa kini dirawat di hospital kerajaan di Puri dan keadaannya dilaporkan stabil. – Agensi