Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

KL2017: Makaf Puas Hati...

MELAKA - Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) berpuas hati dengan prestasi cemerlang skuad negara...

JPJ Siasat Iklan Lesen...

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui Bahagian Pelesenan Memandu menerima laporan berkaitan...

Muhyiddin Diberi Taklimat Berkaitan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan pertemuan dengan...

Banduan Pondan Seksi Pilu...

BRISBANE — Kisah sedih ini bermula ketika Mary (bukan nama sebenarnya) menginjakkan kaki...

Dirogol 4 Pelajar, Gadis Dilarang Daftar Kerana Hamil

SEORANG remaja perempuan berusia 16 tahun bukan sahaja dirogol empat rakan sekolahnya, malah dia juga dinafikan hak pendidikan setelah insiden itu terbongkar.

Dalam kejadian pada Ogos lalu, mangsa yang tinggal di asrama sekolah dirogol sebelum dia didapati mengandung akibat perbuatan khianat itu.

Namun, lima kakitangan sekolah itu didakwa cuba menyembunyikan kejadian tersebut.

Ia bukan sahaja tidak dilaporkan kepada polis dan ibu-bapanya, malah dia juga dipaksa mengambil sejenis minuman bagi menggugurkan kandungannya.

Ibu-bapa mangsa yang berang setelah mengetahui kejadian itu cuba untuk memindahkan anak mereka ke sekolah lain.

Disebabkan kandungannya, sekolah berkenaan enggan menerima mangsa dan menyifatkan kehadirannya akan menggangu ‘atmosfera’ pembelajaran di situ.

Polis kini sedang menyiasat laporan berkenaan. Selain empat remaja lelaki, kakitangan sekolah tersebut turut disiasat.


“Kami sedang meneliti aduan dan laporan ibu-bapa mangsa.

“Kami akan hantar pasukan penyiasat ke sekolah itu. Kami juga sedang meneliti tindakan undang-undang yang bersesuaian untuk kes ini,” ujar seorang pegawai polis.

Sementara itu, pengerusi suruhanjaya perlindungan hak kanak-kanak (USCPCR), Usha Negi turut mengecam tindakan sekolah berkenaan yang cuba menggugurkan kandungan mangsa. – Mirror.UK/mStar Online

Kategori