Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Peniaga Maut Disambar Petir...

GUA MUSANG - Seorang peniaga yang sedang mengupas kulit buah kelubi di sebuah...

Edar Dadah: Wanita Iran...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai...

Bukan RM75 Juta Tetapi...

IPOH - "Saya bukan Ahli Parlimen terkaya di Malaysia, saya yakin ada lebih...

M’sia Banjir.. Harga Ikan,...

SINGAPURA – Musim tengkujuh selain laut bergelora yang melanda beberapa buah negeri khasnya...

Dirotan, Diikat Pada Pokok Selepas Lari Bersama Kekasih

GARA-gara melarikan diri untuk bersama kekasih hati, seorang gadis berusia 18 tahun diikat di sebatang pokok lalu dirotan selama hampir lima jam di hadapan orang ramai.

Gadis dari sebuah kampung di wilayah Nawada, Bihar, India itu mengaku berkenalan dengan pasangannya, Rupesh Kumar sejak setahun lebih yang lalu dan nekad untuk berkahwin.

Namun hubungan cinta mereka ditentang keluarga gadis terbabit kerana pemuda itu berlainan agama.

Pada 30 September lalu, gadis tersebut melarikan diri untuk tinggal bersama Kumar.

Ibu bapa gadis itu mengetahui anak mereka ada bersama dengan Kumar.

Mereka pergi ke rumah lelaki tersebut untuk membawa pulang gadis tersebut.


Sebagai hukuman kerana melarikan diri dan memalukan keluarga, ahli jawatankuasa kampung (Panchayat) bersepakat agar gadis itu diikat di sebatang pokok dan dirotan dihadapan orang ramai.

Polis menerima maklumat berhubung insiden itu dan bergegas ke lokasi kejadian.

Mereka mengambil kenyataan gadis tersebut.

Namun ahli keluarga gadis tersebut tidak ditahan tetapi diberikan amaran. – Indiatoday/mStar Online

Kategori