Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Premis Perniagaan Dalam Menara...

KUALA LUMPUR: Semua premis perniagaan dalam Menara Ilham boleh beroperasi seperti sedia kala...

Warga Emas, Bayi Dan...

KUALA LUMPUR : Individu berumur 65 tahun ke atas, bayi dan kanak-kanak berusia...

Sultan Selangor Pengerusikan Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat...

Balas Dendam Yang Memuaskan...

KUALA LUMPUR - Jurulatih Lions XII, Fandi Ahmad menyifatkan kejayaan mengalahkan bekas juara...

Ditikam 17 Kali, Sempat Tulis Nama Suspek Guna Darah

SEORANG peniaga berusia 54 tahun ditemui mati di rumahnya di Villasis, Pangasinan, Filipina minggu lepas.

Polis masih menyiasat jenayah itu tetapi tidak seperti kebanyakan kes, satu laporan mendedahkan bahawa mangsa itu sendiri meninggalkan petunjuk untuk pihak berkuasa.

Mangsa, Remedios Maer, ditikam 17 kali dan ditemui mati di rumahnya pada Khamis, lapor ‘State of the Nation’, GMA News.

Tulisan ‘Keyung’ ditemui di lokasi kejadian yang mana pihak berkuasa percaya ia ditulis dengan darah mangsa, menurut stesen radio DWIZ.

DWIZ juga melaporkan bahawa Maer bersendirian di rumahnya ketika kejadian.

Laporan awal oleh Philippine Daily Inquirer menyatakan ketidakpastian tentang perkataan itu tetapi menurut GMA News, polis mendapati bahawa ‘Keyung’ adalah nama bekas kontraktor Maer yang sebelum ini mempunyai konflik dengannya.

Pihak berkuasa juga mendapati Keyung pernah mengugut untuk mencederakan Maer.


“Namanya yang ditulis itu adalah bukti penting. Kami juga mengumpulkan bukti lain dan mendapati kedua-dua mereka berada dalam konflik dan suspek telah mengancam mangsa,” Ketua Inspektor Polis Negara, Fernando Fernandez memberitahu GMA News.

Pelbagai laporan menyatakan bahawa anak lelaki mangsa, Kevin Kyle Maer gagal menghubungi ibunya sepanjang hari, justeru dia meminta rakan-rakannya pergi ke rumahnya sebelum menemui mayat wanita itu.

Polis masih mencari Keyung dan percaya jenayah itu mungkin merupakan kes rompakan kerana dua beg mangsa dan sejumlah wang hilang. – Yahoo Philippines/mStar Online

Kategori