Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Istiadat Angkat Sumpah KM...

MELAKA - Yang Dipertua Melaka, Mohd Khalil Yaakob menangguhkan istiadat angkat sumpah ketua...

Korban Tanah Runtuh Guatemala...

GUATEMALA CITY - Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh manakala hampir 600 lagi hilang berikutan...

Yang Di-Pertuan Agong Berkenan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riā€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

Pertemuan Wisma Putra-Dr Huang...

PUTRAJAYA - Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang sedang mengadakan pertemuan dengan...

Doktor Kerajaan Boleh Cuti Tanpa Rekod Bantu Mangsa Gempa

KUALA LUMPUR – Doktor kerajaan dibenar untuk ambil cuti tanpa rekod jika mereka ingin ke Sulawesi Tengah bagi bantu mangsa gempa bumi dan tsunami di situ, kata Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad.

ā€œKita memberikan izin kepada semua doktor kita sama ada yang berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan atau Kementerian Pendidikan (doktor di hospital universiti) untuk mengambil cuti tanpa rekod bagi berkhidmat dan berbakti di sana,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Kementerian Kesihatan dan Collaborative Research in Engineering, Science and Tenchnology (CREST), di sini hari ini.

Dr Dzulkefly bagaimanapun tidak menyatakan jumlah doktor kerajaan yang telah berlepas ke sana setakat ini.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia semalam, jumlah mangsa korban gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah meningkat kepada 1,407 orang.

Gempa bumi bermagnitud 7.4 Skala Richter menggegarkan Kota Palu dan Donggala yang turut mengakibatkan tsunami pada Jumaat lepas, yang turut disusuli lebih 250 gempa susulan setakat ini.


Sementara itu, mengulas kes keracunan alkhohol, Dr Dzulkefly berkata setakat hari ini, kementerian menerima 98 notifikasi dengan pertambahan satu kes kematian di Selangor.

Pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kes mangsa yang meninggal dunia adalah 46 kes.

Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata MoU yang dimeterai antara kementerian dan CREST hari ini akan menyaksikan kerjasama kedua-dua pihak dalam penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan dalam bidang penjagaan kesihatan digital yang memberi tumpuan kepada inovasi digital dalam penyampaian dan penyelesaian penjagaan kesihatan, aktiviti pembangunan kelompok bersama, penglibatan rangkaian industri, pembangunan bakat dan hub inovasi kesihatan digital.

MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang mewakili kementerian sementara CREST diwakili oleh ketua pegawai eksekutifnya Jaffri Ibrahim. – BERNAMA

Kategori