Saturday, November 30, 2024

Creating liberating content

Unit Hemodialisis Dibuka Di...

KUNAK - Penduduk Kunak kini boleh bernafas lega apabila Unit Hemodialisis untuk keperluan...

Taylor Swift Derma RM1...

PENYANYI Taylor Swift menderma sebanyak RM1.05 juta (AS$250,000) dalam menyatakan sokongannya terhadap rakan...

21 Rumah Transit Mangsa...

KUALA KRAI - Sebanyak 21 daripada 53 rumah transit mangsa banjir di Kampung...

Ada 56 Lagi Rakyat...

PEKAN - Seramai 56 rakyat Malaysia masih di Syria, termasuk sembilan yang dipercayai...

Doktor Terkejut Afieq Shazwan Menangis Akibat Ketumbuhan

PENYANYI dan pelakon Afieq Shazwan terpaksa menangis di hadapan doktor kerana tidak dapat menahan kesakitan akibat ketumbuhan di bahagian kiri punggungnya.

Afieq atau nama sebenarnya Muhammad Shafieq Shazwan Zamros, 21, berkata dia sudah menahan sakit selama empat hari sebelum mengambil keputusan untuk bertemu doktor.

“Sebenarnya saya dah rasa sakit sejak Selasa lalu. Tapi saya lawan sakit sebab ingat tak berapa serius sangat.

Afieq memuat naik status memaklumkan dia selamat menjalani pembedahan.

“Tapi kesakitan itu menyebabkan saya dah tak boleh berjalan, tak boleh nak duduk dan buang air besar menyebabkan saya ambil keputusan untuk jumpa doktor juga.

“Saya menangis depan doktor sebab tak tahan sakit sangat dan doktor pun terkejut melihat saya ketika itu,” katanya kepada mStar Online.

Afieq telah dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu dan selamat menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan di punggung kiri pada 8.30 pagi, Sabtu.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga program Big Stage ini memberitahu keadaanya kini sudah stabil dan berterima kasih kepada peminat yang mendoakan.


“Alhamdulillah, pembedahan hanya mengambil masa setengah jam dan semuanya berjalan dengan lancar.

“Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan keadaan saya. Insya-Allah hari ini (Ahad) saya akan dibenarkan pulang ke rumah,” ujarnya. – mStar Online

Kategori