Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Liverpool Sedia Jual Fabinho...

LIVERPOOL sedia melepaskan Fabinho yang baharu sahaja beberapa bulan tiba di Anfield untuk...

Timbalan Pengarah Kanan DBKL,...

PUTRAJAYA - Seorang Timbalan Pengarah Kanan sebuah jabatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur...

Polis, Tentera Periksa Rumah...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan...

Cabang PAS Menyambung, Memulakan...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS menyambung sesi muktamarnya manakala Dewan Muslimat dan...

Dokumentari Perjalanan Hidup Tun Abdullah

PUTRAJAYA – Liku-liku 79 tahun perjalanan hidup Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi kini diabadikan dalam sebuah dokumentari selama sejam bertajuk ‘Dokumentari Legasi Negarawan: Tun Abdullah Ahmad Badawi’ yang dilancarkan hari ini.

Dokumentari berkenaan menceritakan kisah Abdullah sejak bergelar pelajar, mahasiswa, penjawat awam dan penglibatan dalam politik, dilucutkan jawatan sebagai anggota Kabinet, dilantik sebagai perdana menteri kelima pada 2003 sehinggalah melepaskan jawatan pada 2009.

Dokumentari berkenaan dilancarkan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada majlis pratonton di sini hari ini.

Antara yang dimuatkan dalam dokumentari itu ialah kemahiran diplomasi tinggi yang dimiliki Abdullah ketika menjadi Menteri Luar dari 1991 hingga 1999.

Abdullah mengetuai rombongan ke Peru untuk membebaskan Duta Besar Malaysia di Peru ketika itu, Datuk Ahmad Mokhtar Selat yang menjadi tebusan kumpulan gerila berfahaman komunis Tupac Amaru bersama diplomat negara lain, di kediaman duta Jepun di Lima pada Disember 1996.

Ahmad Mokhtar dibebaskan selepas kira-kira lima jam Abdullah berlepas pulang ke tanah air dari Lima setelah berjumpa dengan Presiden Alberto Fujimori.


Satu lagi sumbangan Abdullah yang dimuatkan dalam dokumentari tersebut ialah gagasan Islam Hadhari yang diterima di peringkat antarabangsa sehingga tertubuh Hadhari Centre for Islamic Civilizational Studies di Kyoto University, Jepun.

Turut dimuatkan ialah temu bual dengan bekas Timbalan Perdana Menteri Thailand Prof Dr Surakiart Sathirathai yang menyifatkan Abdullah seorang negarawan dan pemimpin di peringkat serantau.

Dokumentari tersebut adalah terbitan Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan kerjasama Prime Works Studio. – BERNAMA

Kategori