Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Israel Lancar Serangan Udara...

BAITULMAQDIS - Tentera Israel berkata pihaknya melancarkan serangan udara ke atas kumpulan Hamas...

MB Johor Serah Kepada...

ISKANDAR PUTERI - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini...

Mahu Perjuang Irama Malaysia,...

TAK habis dibandingkan dengan Siti Nordiana, kini pendatang baharu, Wany Hasrita sekali lagi...

Pengecualian SST Tamat, Ramai...

KUALA LUMPUR : Pembatalan tempahan kenderaan dijangka meningkat pada Julai jika kerajaan tidak...

Dr. M Sedia Letak Jawatan, Kesal Sikap Biadap Pemandu Teksi

LANGKAWI – Majlis perjumpaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi hari ini kecoh seketika apabila beberapa orang anggota persatuan bertindak biadap keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan e-panggilan, Grab.

Sekitar 10 orang pemandu teksi itu berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar selepas perdana menteri berkata beliau akan terus mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan demi manfaat semua pihak.

Kekecohan itu hanya berlaku sekitar dua minit dan selepas keadaan reda, Dr. Mahathir berkata beliau sebagai perdana menteri hanya cuba untuk membantu golongan pemandu teksi untuk memulihkan kembali pendapatan mereka.

“Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendirilah. Tengok apa jadi. Saya nak tolong. Tapi kalau tak ada bantuan kepada saya, saya tak boleh tolonglah.

“Saya bukan nak jadi perdana menteri. Saya bersara dah tapi orang panggil balik. Sebab itu saya datang. Kalau tak nak saya jadi perdana menteri hari ini pun saya letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,” katanya. – BERNAMA

Kategori