Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Miliki, Jual Paintball...

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki dan merampas 96 unit 'paintball marker'...

Serang Penyokong Vietnam Di...

SHAH ALAM - Lima lelaki termasuk dua beradik hari ini mengaku tidak bersalah...

Bila Lelaki Kulit Muka...

PERKHIDMATAN koc wanita yang diperkenalkan oleh KTM Berhad sudah beberapa tahun dilaksanakan. Namun ada...

“Kenangan Adib Kepada Kami...

KUALA KEDAH - Hampir setahun anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim meninggal...

Mahathir Tak Kisah Dicop Anti-Yahudi

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak kisah dengan tindak balas yang diterimanya selepas mengkritik kaum Yahudi.

“Saya bercakap perkara benar, saya tak kisah apa yang orang nak gelarkan saya, termasuklah anti-Yahudi atau apa saja,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian apabila ditanya kenapa orang tidak boleh mengkritik atau memberi label kepada kaum Yahudi, tetapi mereka bebas untuk mengkritik orang lain.

“Inilah perkara yang saya tidak faham. Adakah orang Yahudi begitu istimewa hinggakan anda tidak boleh berkata suatu apa pun tentang mereka, walaupun mereka melakukan sesuatu yang sama sekali salah seperti melancarkan roket dan bom terhadap kanak-kanak dan hospital?” katanya.

Dr Mahathir digelar media sebagai anti-Yahudi apabila beliau mengulangi dakwaannya sejak 1970-an dulu bahawa orang Yahudi “mempunyai hidung cangkuk” dan menyalahkan mereka kerana menimbulkan masalah di timur tengah.

Beliau berkata demikian dalam wawancara dengan BBC semasa melakukan lawatan ke United Kingdom baru-baru ini apabila menjawab soalan hos program itu, Zeinab Badawi, kenapa beliau menggunakan perkataan tersebut. – BERNAMA

Kategori