Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Makanan Lambat, Pelanggan Tembak...

SEORANG pelanggan restoran di Riyadh, Arab Saudi nekad menembak mati seorang pelayan restoran...

Pendaftaran GST Meningkat Kepada...

KUALA LUMPUR - Syarikat yang mendaftar untuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) berjumlah...

150 Anggota Polis Daerah...

SEREMBAN - Seramai 150 anggota dan kakitangan polis daerah Seremban tampil menderma darah...

JPJ Perkenalkan Majalah ‘Buletin...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengedarkan 50,000 naskah majalah mengenai...

TPM Perjelas Malaysia Baharu Pada Sidang ASEM

BRUSSELS – Malaysia Baharu mendukung prinisp adil, tadbir urus baik dan kedaulatan undang-undang serta menjunjung prinsip inklusif dan pembangunan mampan, kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Gembira dengan pencapaian demokrasi kami baru-baru ini, kami berharap bagi dunia yang lebih inklusif, aman dan makmur,” katanya dalam ucapan pada sesi pleno kedua Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) Ke-12 di sini Jumaat.

Bertema “Memperkukuh Sistem Pelbagai Hala: Meningkatkan Kerjasama ASEM Untuk Cabaran Global”, Dr Wan Azizah menyentuh pelbagai perkara seperti kesaksamaan gender, kepelbagaian, pembangunan mampan dan dasar-dasar Malaysia Baharu dalam ucapannya itu.

Ini adalah lawatan pertama beliau ke Eropah selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 21 Mei selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran daripada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Dr Wan Azizah berkata kepelbagaian juga adalah intipati dalam DNA Malaysia dan walaupun kadang kala mencabar namun kepelbagaian juga satu rahmat dan menjadikan negara lebih kuat.

“Kekuatan kami datang daripada perpaduan atas landasan kebersamaan dan nilai yang kami kongsi … nilai-nilai inklusif, hidup bersama-sama dengan penuh toleransi dan harmoni, berkongsi visi yang sama untuk Malaysia berjaya dan kekal bersatu pada waktu-waktu sukar.

“Inilah nilai-nilai yang dipegang apabila buat pertama kalinya berlaku perubahan dalam pentadbiran kerajaan sejak Malaysia merdeka (selepas 61 tahun). Rakyat Malaysia menolak politik yang diselubungi ketidakpercayaan orang ramai, perkauman dan ketaksuban agama, serta rasuah yang berleluasa,” katanya.

Dr Wan Azizah tiba di sini pada Rabu untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEM bertemakan “Eropah dan Asia: Rakan Kongsi Global Untuk Cabaran Global” bermula Khamis.


Sidang kemuncak ASEM selama dua hari itu menghimpunkan ketua negara/kerajaan 51 negara Asia dan Eropah, wakil Kesatuan Eropah (EU) dan setiausaha agung ASEAN.

Dr Wan Azizah berkata Malaysia memandang tinggi nilai-nilai proses ASEM sebagai hala tuju untuk merapatkan budaya berbeza dan norma sosial antara Asia dan Eropah.

“Saya ingin menegaskan bahawa Asia dan Eropah perlu terus menjalin kerjasama sebagai rakan kongsi setara dalam usaha membangunkan ekonomi dan rakyat kita. Kita pastinya boleh belajar daripada satu sama lain menerusi berkongsi pengalaman dan amalan terbaik.

“Dalam semangat Malaysia Baharu, saya turut membawa bersama-sama saya pada hari ini aspirasi rakyat Malaysia. Gembira dengan pencapaian demokrasi kami baru-baru ini, kami berharap bagi dunia yang lebih inklusif, aman dan makmur,” katanya. – BERNAMA

Kategori