Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tanpa Kaki.. Ecah Ceria...

MASIH ingat pada Siti Nuraisyah Sahrin, 13; atau lebih dikenali sebagai Ecah yang putus...

Kecoh Pilot Ucap ‘Selamat...

WALAUPUN kisah ini sudah lama berlalu, namun hanya baru-baru ini ianya menjadi viral...

PAS Nafi UMNO Tipu...

KUALA LUMPUR - PAS menyelar pihak yang menuduh kononnya parti itu telah ditipu...

Penduduk Baling Bakal Nikmati...

BALING - Penduduk Baling bakal menikmati kemudahan perkhidmatan bas henti-henti dengan tambang serendah...

Dron Akan Diguna Bantu DOSH Buat Pemantauan

GEORGE TOWN – Kementerian Sumber Manusia bercadang memperluaskan penggunaan dron bagi membantu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) membuat pemantauan di tapak pembinaan dan tempat berisiko dilanda bencana alam.

Menterinya, M. Kulasegaran berkata pihaknya akan mendapatkan peruntukan yang diperlukan untuk membeli dron sebelum membuat permohonan kepada kerajaan.

“DOSH yang terbabit secara langsung dalam aspek keselamatan dan kesihatan tidak mempunyainya (dron). DOSH terlibat dalam operasi berisiko tinggi.

“Penggunaan dron akan dapat banyak membantu,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan di lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini, hari ini.

Beliau berkata kementerian itu kekurangan instrumen dan teknologi seumpama itu yang boleh membantu DOSH menyelesaikan beberapa isu berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan.

“Jika kita ada peralatan sedemikian, kita boleh mengambil banyak tindakan proaktif. Kita juga mahu mendapatkan teknologi terkini untuk menangani masalah seumpama ini. Kita mahu mengurangkan pergantungan pada manusia dan teknologi boleh membantu kita,” katanya.

Mengulas kejadian tanah runtuh itu, Kulasegaran berkata pihak DOSH akan menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden berkenaan dan masih terlalu awal untuk meletakkan hukuman ke atas pemaju projek berkenaan.


Ditanya sama ada kementeriannya akan memberi pampasan kepada keluarga dan mangsa yang terlibat, beliau berkata pihaknya menyerahkan kepada kerajaan Persekutuan untuk menentukannya.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada rakan dan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan itu dan berterima kasih kepada pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Merit Tzu Chi Buddha Malaysia, yang secara sukarela membantu menyediakan makanan kepada pasukan penyelamat dan pemberita di tempat kejadian.

“Mereka tunjukkan semangat Malaysia sejati. Kami amat menghargainya. Saya pasti kita sebagai rakyat Malaysia berbangga mempunyai organisasi agama yang tampil untuk membantu. Mereka sungguh baik hati untuk berbuat demikian. Saya tabik mereka,” katanya.

Kejadian tanah runtuh di tapak projek jalan berkembar di Jalan Bukit Kukus pada 1.56 tengah hari Jumaat lepas itu mengakibatkan sembilan pekerja asing maut manakala empat cedera, selaincmenimbus 13 kontena dan rumah kongsi pekerja projek. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dron

Kategori