Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Gandingan Mahathir-Anwar Terbaik Untuk...

PUTRAJAYA – Gandingan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar...

Bot Bawa Pendatang Karam,...

KALAMATA - Beratus-ratus pendatang lemas selepas bot mereka naiki karam di Mediterranean, namun...

Kegiatan Militan Daesh Kini...

RAUB - Kegiatan merekrut anggota baharu kumpulan pengganas Daesh kini didapati beralih ke...

Gempar! Orang Minyak ‘Mengganas’...

KOTA BHARU - Penduduk Kampung Pengakalan Demit, Kubang Kerian, di sini dilanda ketakutan...

2 Lelaki Menyamar Sebagai Pegawai Polis Ditahan

KLUANG – Polis menahan dua lelaki berumur 30 dan 45 tahun yang menyamar sebagai pegawai polis untuk memeras ugut dua individu malam tadi di sebuah hotel di Jalan Lambak di sini pada pukul 2 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail dalam kejadian di Taman Sri Kluang kira-kira 7 malam semalam, dua suspek dikatakan cuba perdaya seorang lelaki bersama ibunya dengan perkenal diri sebagai pegawai polis dari Kuala Lumpur.

Beliau berkata seorang daripada suspek memberitahu bahawa abang lelaki itu melakukan kesalahan dan meminta mereka membuat pengesahan melalui gambar dan salinan kad pengenalan yang disertakan.

“Suspek juga memberitahu abang mangsa berhutang RM450,000 dan meminta anggota keluarganya melangsaikan hutang itu, selain bertegas untuk masuk ke dalam rumah mangsa dengan alasan mahu mencari abang mangsa, namun tidak dibenarkan setelah suspek gagal menunjukkan bukti pinjaman dibuat dan kad kuasa polis.

“Selepas gagal memperdaya mangsa dan ibunya, suspek terus beredar dengan menggunakan sebuah kereta jenis Mercedes yang mempunyai logo polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Abduh berkata kedua-dua suspek direman sehingga 14 Oktober untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 384 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.


“Hasil tangkapan, polis berjaya merampas sebuah beg sandang berwarna coklat, sebuah buku poket dan dua kad holder tertera lambang polis serta sekeping kad Kor Sukarelawan Polis Siswa (Suksis).

“Turut dirampas empat telefon bimbit pelbagai jenis, sebuah cota besi, serta sebuah kereta jenis Mercedes Benz. Jumlah rampasan dianggar RM60,000,” tambahnya.

Mohd Abduh berkata siasatan awal mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau. – BERNAMA

Kategori