Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kelonggaran SOP: Sidang Akhbar...

PUTRAJAYA - Di saat bahang kemeriahan sambutan Aidilfitri yang kian terasa, tumpuan rakyat...

PAS: Pakatan Harapan =...

KUALA LUMPUR - PAS Kedah menyifatkan Pakatan Harapan yang ditubuhkan oleh DAP, Parti...

Status Akademik Azizan: Universiti...

BELUM reda lagi kontroversi membabitkan kelulusan pakar motivasi, Azizan Osman walaupun Syarikat Richworks yang...

Logo, Maskot Dan Tema...

KUALA LUMPUR - Logo rasmi, maskot serta tema temasya Sukan SEA ke-29 dilancarkan...

“Enggan Berubah Punca Teksi Bukan Lagi Pilihan”

SHAH ALAM – Kegagalan perkhidmatan teksi menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa menyebabkan mereka ketinggalan berbanding pesaing, kata Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Beliau berkata, dalam dunia yang penuh cabaran, semua pihak perlu melakukan perubahan dari semasa ke semasa jika mahu kekal bersaing.

“Dulu memang kita bergantung kepada teksi, tetapi sekarang sudah ada Uber dan Grab.

“Begitu juga dengan semua jenis perniagaan lain. Kalau hendak kekal menjadi pilihan, kita kena lakukan perubahan serta bersedia berdepan cabaran baharu.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

“Jangan hanya tahu merintih dan hanya bergantung kepada pihak lain sahaja. Jika begini sikap kita, akhirnya nanti kita akan ketinggalan,” katanya.

Beliau berucap pada Konvensyen Program Tunas Niaga (PROTUNe) kali ke-20 anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, menyedari kepentingan perniagaan dalam talian, Kerajaan Selangor melaksanakan program ‘Apps-100’ secara percuma untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS).


“Melalui aplikasi ini, kita membantu usahawan memasarkan perniagaan dalam dunia tanpa sempadan,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, PKS memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi negara, terutama ketika kemelesetan ekonomi dunia.

“Kita ambil contoh Korea, ekonomi negara mereka selamat disebabkan PKS. Sebab itu sekecil mana pun skala perniagaan PKS, ia amat penting kepada negeri dan negara,” katanya. – BH Online

Kategori