Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Caruman Baru KWSP Dikreditkan...

Caruman baharu diterima oleh ahli-ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membuat pengeluaran...

Sekretariat Sukma 2020 Dibentuk...

ISKANDAR PUTERI - Sebuah sekretariat akan dibentuk tahun depan bagi membantu kerajaan negeri...

Rakaman Suara Dakwa Mat...

PETALING JAYA: Satu rakaman suara yang didakwa sebagai taklimat Timbalan Presiden PAS Mohamad...

Padah Berebut Anak Sampai...

ALOR SETAR - Tindakan seorang lelaki menghimpit kereta yang dipandu bekas isteri hampir...

Erdogan Dakwa Ada Bukti Pembunuhan Khashoggi Dirancang

PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan mendedahkan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi telah dirancang dan pasukan seramai 15 orang memasuki Turki sebelum Khashoggi ke konsulat Arab Saudi untuk melakukan pembunuhan.

Dalam ucapan ditunggu-tunggu di Parlimen, Erdogan tidak mendedahkan semuanya seperti dijanjikan, memberi bayangan yang pendedahan akan dibuat lagi bagi menekan Riyadh.

Erdogan tidak menyebut rakaman video atau audio, tetapi menceritakan dengan terperinci perancangan pembunuhan, termasuk tinjauan ke kawasan hutan berdekatan oleh pasukan pembunuh.

Katanya, kerja pembunuhan dirancang terperinci lebih awal melibatkan pasukan dari Arab Saudi itu.

Erdogan mendesak Saudi mendedahkan di mana mayat Khashoggi, yang telah diakui oleh Riyadh dibunuh oleh pasukan yang tidak menepati arahan.

Presiden Turki itu bagaimanapun memuji Raja Salman dan mengaku mempercayai pemimpin Arab Saudi itu.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama Putera Mahkota Mohammed bin Salman, yang dikaitkan dengan beberapa orang daripada pasukan yang didakwa membunuh Khashoggi.


Erdogan menuntut supaya Riyadh menyerahkan tahanan seramai 18 orang dan diserahkan kepada Turki untuk diadili.

Turki dijangka membuat pendedaham lagi berkait kes ini, dalam usaha meningkatkan tekanan pada Saudi dan Amerika Syarikat.

Beliau memberi amaran terlebih dahulu sebelum membuat pendedahan hari ini, dan dijangka Riyadh dan Washington telah mendesak agar beliau tidak membuat pendedahan penuh seperti dijanjikan.

Ini juga menunjukkan Erdogan masih sedia berunding dengan Saudi dan AS untuk mengaut manfaat daripada kedua-dua negara. – Mynewshub.tv

Kategori