Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia, Brunei Perkukuh Hubungan...

BANDAR SERI BEGAWAN - Brunei dan Malaysia hari ini mencapai kata sepakat memperkukuhkan...

Banjir Di Kelantan Makin...

KOTA BHARU : Situasi banjir yang melanda sembilan jajahan di negeri ini semakin...

Banjir Di Kedah Surut,...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di empat daerah di...

Keluarga Pelakon Nekad Buru...

PELAKON Bollywood, Jiah Khan telah meninggal dunia pada 2013. Kini keluarganya berikrar untuk...

Eric Dier Dipuji, Sergio Ramos Dikritik

TWEET Sergio Ramos menerusi Twitter miliknya ternyata mencetuskan perdebatan antara peminat Tottenham Hotspur dan England.

Ia berikutan aksi dalam perlawanan baru-baru ini yang mana Eric Dier berjaya menepis kemaraan Sergio.

Dalam aksi itu, Ramos menerima kritikan apabila dikatakan cuba mencederakan pemain itu.

Susulan itu, dia memuat naik bukti rakaman video di Twitter bagi menghentikan kritikan ramai.

Namun, lain pula jadinya apabila ramai yang membalas dengan kata-kata kecaman terhadap pemain itu.

Dalam satu laporan berlainan, Dier turut mendedahkan perbualannya dengan Ramos selepas insiden itu.

“Kami bertemu selepas perlawanan dan dia mengucapkan tahniah.

“Ianya sangat penting untuk menghormati mereka dan mana-mana pasukan namun sejurus permainan bermula, kami akan jadi agresif dan bekerja dengan bersungguh-sungguh,” ujar Dier.


Dalam pada itu, pengendali Tottenham, Mauricio Pochettino berkata, dia begitu bangga dengan aksi yang dipamerkan oleh Dier.

Malah, dia juga turut berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan oleh Harry Kane, Harry Winks, Kieran Trippier dan pemain-pemain lain.

“Iya sudah semestinya saya sangat bangga.

“Saya rasa mereka beraksi dengan cemerlang. Persembahan mereka sangat hebat,” ujar Pochettiono. – Express.UK/HITC/mStar Online

Kategori