Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Lemah Landa...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi lemah berukuran 3.5 pada skala Richter melanda...

3 Anggota Renjer Thai...

NARATHIWAT – Tiga anggota renjer Thai nyaris maut apabila kenderaan kalis peluru mereka...

UEM Edgenta Sumbang Peralatan,...

KUALA LUMPUR - UEM Edgenta Bhd menyokong usaha kerajaan Malaysia memerangi pandemik COVID-19 dengan...

PRU-15: Syed Saddiq Beri...

Muar : Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman...

Ethiopia Lancar Penerbangan Komersil Pertama Ke Somalia

MOGADISHU – Sebuah syarikat penerbangan Ethipia semalam membuat penerbangan komersil pertama antara Addis Ababa dan Mogadishu dalam tempoh 41 tahun, satu petunjuk jelas terhadap hubungan yang semakin membaik antara dua negara di Tanduk Afrika itu, Ethiopia dan Somalia.

Pesawat dari syarikat penerbangan swasta Ethiopia National Airways itu mendarat di lapangan terbang Aden Adde di Mogadishu dan akan melakukan empat penerbangan setiap minggu.

“Ia adalah hari bersejarah buat kami untuk melancarkan penerbangan terus antara Addis Ababa dan Mogadishu. Ia bukan mudah, kami sudah mencuba banyak kali, dan akhirnya berjaya hari ini,” kata pemilik syarikat penerbangan terbabit, Abera Lemi di majlis pelancaran penerbangan itu di ibu negara.

Ethiopian Airlines pada Julai lalu melancarkan penerbangan perdana antara Addis Ababa dan Eritrea sejak dua dekad lalu, sebagai sebahagian daripada proses keamanan antara dua negara selepas konflik berdarah dan perang saudara berpanjangan.

Proses damai diketuai Perdana Menteri Abiy Ahmed itu turut diikuti oleh beberapa hubungan diplomasi di rantau berkenaan, termasuk antara Somalia dan Eritrea yang memperbaiki hubungan masing-masing serta mengakhiri ketegangan antara Djibouti dan Eritrea.


Pada Jun lalu Abiy mengadakan lawatan ke Mogadishu dan memeterai persetujuan bersama Presiden Mohamed Abdullahi Mohamed di Somalia untuk mengukuhkan hubungan bilateral kedua negara.

Somalia dan Ethiopia sebelum ini terbabit dalam beberapa siri peperangan bagi merebut pemilikan ke atas wilayah.

Pada 2006, Ethiopia menghantar pasukan ke Somalia bagi memerangi Kesatuan Islamik yang menguasai sebahagian besar negara itu termasuk Mogadishu. – AFP/BH ONLINE

Kategori