Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pakar Ular Bomba Maut...

TEMERLOH - Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang juga penjinak ular...

Rasuah: Penyelia Dipenjara 14...

SEREMBAN - Seorang penyelia bengkel hari ini dihukum penjara 14 hari dan denda...

200 Pekebun Kecil, Penoreh...

PAPAR - Seramai 200 pekebun kecil getah dan penoreh di Daerah Papar menerima...

PPM Gagalkan Cubaan Seludup...

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menggagalkan cubaan menyeludup masuk 15 tan...

Ewon Mahu Aduan Peserta Mesej, Kampung Sejahtera, Ladang PPRT Ditangani

KOTA KINABALU – Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah Datuk Ewon Benedick mahu setiap aduan peserta program Mini Estet Sejahtera (Mesej), Kampung Sejahtera dan Ladang Program Rakyat Termiskin (PPRT) ditangani dengan sebaik-baiknya.

Ini bagi memastikan matlamat program terbabit untuk mengangkat golongan miskin keluar daripada kepompong kemiskinan dapat direalisasikan.

Pelaksanaan program adalah berasaskan niat baik untuk membela komuniti miskin dengan menyediakan bukan hanya rumah kepada peserta tetapi juga kemudahan asas seperti elektrik, bekalan air serta jalan raya selain sumber pendapatan dari segi upah dan juga dividen, katanya ketika berucap menyampaikan amanatnya di KPLB, di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya beliau mahu peruntukan kementerian dibelanjakan sebaik-baiknya agar dapat memberi impak maksimum kepada peserta program terbabit dan bukan bersifat ala kadar atau sekadar melepaskan batok di tangga.

Merujuk kepada Program Ladang PPRT, Ewon berkata jika agensi pelaksana gagal menguruskan ladang berkenaan sehingga tidak dapat menjana pendapatan kepada peserta, sewajarnya tanggungjawab tersebut diberikan kepada agensi atau pihak lain yang lebih berkeupayaan.


Sementara itu, mengenai penjenamaan semula Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang telah dipersetujui kerajaan negeri, beliau berkata pada masa ini pihaknya sedang merumuskan pelantikan pengerusi, setiausaha dan anggota MPKK di seluruh Sabah.

“Saya mahu, sebaik sahaja pelantikan MPKK dikeluarkan, perkara mustahak yang perlu diwajibkan ialah menyediakan data dan profil kampung masing-masing untuk disimpan di KPLB Sabah. Ia harus menjadi sebahagian daripada program latihan kepimpinan dan urus tadbir desa yang perlu disediakan,” katanya. –BERNAMA

Kategori