Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tambang Percuma MRT Putrajaya...

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka...

Saman Kecuaian Difailkan Ibu...

PUTRAJAYA : Tiga saman kecuaian yang difailkan oleh ibu bapa kepada tiga pesakit...

Pelantikan Speaker DUN Selangor...

SHAH ALAM - Pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim...

Yang Dipertua Dewan Negara,...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang...

Norhizam Janji Baiki Kelemahan Diri

MELAKA – Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee memohon maaf dan akan berusaha memperbaiki kelemahan yang ada pada dirinya terutamanya aspek komunikasi apabila berhadapan dengan rakyat.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu dan Timbalan Pengerusi DAP Melaka itu berkata beliau mengakui kesilapan, kekasaran bahasa serta keterlanjuran kata ketika berkomunikasi dengan rakyat dalam menyelesaikan isu penutupan jalan, semalam.

“Saya sedar bahawa insiden yang tular di media sosial sejak petang semalam telah memberi imej negatif kepada diri saya sebagai wakil rakyat dan kerajaan yang saya wakili.

“Sebagai ADUN yang dipilih oleh rakyat, saya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan penduduk terutama dalam kawasan saya,” katanya pada sidang akhbar oleh DAP Melaka di Seri Negeri di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi DAP Melaka, Tey Kok Kiew dan Setiausaha DAP Melaka, Khoo Poay Tiong serta penduduk kampung yang terlibat.

Isu penutupan Jalan Pulau Nibong-Taman Akasia di Batu Berendam di sini menjadi hangat apabila video Norhizam, bersikap kasar terhadap penduduk kampung tersebut tular di laman media sosial.

Sementara itu, Tey berkata Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan mengadakan dialog atau perbincangan semula dengan penduduk Taman Akasia, Kampung Pengkalan Batu serta kampung di kawasan itu antaranya Kampung Pulau Nibong, dalam masa terdekat untuk mencari penyelesaian terbaik.

Beliau berkata perbalahan antara Norhizam dan penduduk kampung itu dianggap selesai setelah pihak terlibat bersemuka hari ini.


“Kita selesaikan masalah ini ikut cara orang Malaysia, orang Melaka saling bermaafan, mengaku kesilapan masing-masing kerana kita manusia biasa dan memperbaikinya. Kita akan cari titik keseimbangan dan penyelesaian antara kehendak 180 penduduk taman dan penduduk kampung,” katanya.

Bernama hari ini melaporkan permintaan penduduk kampung itu untuk kerajaan negeri dan wakil rakyat terlibat duduk semeja berbincang bagi mencari penyelesaian isu penutupan jalan itu yang telah mengganggu kehidupan seharian mereka.

Khoo pula berkata DAP Melaka menerima segala teguran dan nasihat yang dibuat terhadap wakil rakyat yang mewakili parti itu dan akan berusaha memperbaiki kelemahan tersebut.

“Bagi pihak DAP sendiri kita mengakui perkataan dan cara pertuturan dalam insiden yang berlaku itu adalah kasar. Kami berpendapat permohonan maaf secara terbuka perlu dibuat dan berharap semua masyarakat dapat menerima permohonan maaf ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori