Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

SPHM: Boleh Semak Portal...

KUALA LUMPUR - Senarai penuh 318 pengimport daging berlesen yang mempunyai Sijil Pengesahan...

Belum Ada Bukti Juruterbang...

KUALA LUMPUR - Belum ada bukti untuk menyokong teori bahawa pesawat Malaysia Airlines...

Syed Saddiq Tak Bincang...

KUALA LUMPUR - Pendirian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman...

Saham Terus Jatuh, Bursa...

MERUDUM... Kemerosotan terburuk prestasi saham di Bursa Malaysia iaitu rekod paling teruk sejak...

Faktor Keluasan Beri Cabaran Bangun Sarawak

KOTA SAMARAHAN – Faktor keluasan Sarawak memberikan cabaran kepada kerajaan negeri untuk membangunkan negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Namun, katanya ia bukan halangan untuk kerajaan negeri terus berusaha melaksanakan pembangunan bagi faedah rakyat dan menurutnya fokus utama kerajaan negeri adalah untuk mengatasi masalah bekalan air bersih dan bekalan elektrik di kawasan pedalaman.

“Baru-baru ini saya telah mengumumkan peruntukan RM11 bilion untuk pembangunan infrastruktur dan utiliti dalam tempoh dua tahun akan datang di negeri ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) kali ke-22 di sini, hari ini.

Beliau berkata ia adalah peruntukan tertinggi untuk pembangunan infrastruktur yang pernah dluluskan oleh kerajaan negeri Sarawak.

Sementara itu, Abang Johari yang juga Pro-Canselor Unimas berkata perubahan teknologi dan peralihan daripada sistem ekonomi konvensional ke ekonomi digital merupakan satu anjakan besar yang perlu dihadapi oleh bakal graduan.

Beliau berkata, kemunculan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) yang menekankan pembinaan teknologi realiti maya tanpa banyak menggunakan tenaga manusia pasti memberi impak yang besar terhadap pembangunan sumber manusia secara global.

Di Sarawak, katanya rempuhan gelombang IR 4.0 kini semakin terasa dan perlu ditangani secara bijaksana dan ini kerana dengan jumlah populasi yang kecil serta bentuk muka bumi negeri yang luas, Sarawak tidak boleh lagi bergantung kepada strategi kos dan teknologi rendah, yang banyak menggunakan tenaga buruh untuk memacu pertumbuhan ekonomi.

Abang Johari berkata, melihat kepada keperluan dan tuntutan tersebut, kerajaan negeri sedang berusha untuk membangunkan infrastruktur internet berkelajuan tinggi bagi menyokong ekonomi digital Sarawak.

“Pada masa yang sama kita perlu bergerak pantas agar kekal relevan dengan keperluan semasa.


“Justeru kerajaan negeri telah memperuntukkan RM1 bilion untuk menaik taraf infrastruktur ICT di negeri ini,” katanya.

Di samping itu, katanya pembangunan Kampung Digital di Sama Jaya, Pusat Inovasi Sarikei serta penubuhan Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) dan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dijangka mempercepat dan merancakkan lagi perlaksanaan ekonomi digital di negeri ini.

Beliau berkata peranan dan sumbangan Unimas dalam ekonomi digital Sarawak amat diperlukan.

Abang Johari juga berkata perkembangan ekonomi negeri ini semakin rancak dengan adanya beberapa projek pelaburan dari luar negara yang berminat untuk bertapak di Sarawak.

Beliau berkata menerusi kemasukan pelabur asing ke negeri ini secara tidak langsung akan berlaku pemindahan teknologi serta kemahiran yang pastinya akan memacu hala tuju negeri ini ke arah kemajuan perindustrian. – BERNAMA

Kategori