Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pemilihan Agong: Raja-Raja Mula...

SULTAN dan Raja-Raja Melayu mula berangkat tiba di Istana Negara hari ini bagi...

Imam Saksikan Sendiri Isteri,...

COX’S BAZAR (Bangladesh) - Menyaksikan sendiri isteri dan anak perempuannya mati akibat serangan...

Penyelidik USM Cipta Konkrit...

GEORGE TOWN - Sekumpulan penyelidik Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Universiti Sains...

‘Dajal’ Akan Timbul Di...

RANTAU – Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata akan timbul...

Fasa Terakhir Pemilihan PKR Selangor Hari Ini

SHAH ALAM – Fasa ketiga pemilihan PKR bagi negeri Selangor berlangsung hari ini bagi melengkapkan keseluruhan proses pengundian di 22 cabang di negeri ini.

Proses pengundian menggunakan kaedah e-undi bermula jam 9 pagi dan berakhir 5 petang.

Pemilihan membabitkan anggota parti dari enam cabang yang disahkan layak mengundi bagi memilih kepimpinan di peringkat cabang dan pusat.

Ia termasuk cabang Tanjong Karang, Kuala Selangor, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat.

Sabtu lalu tujuh cabang termasuk Puchong, Gombak, Petaling Jaya Utara (PJU), Petaling Jaya Selatan (PJS), Kuala Langat, Klang dan Selayang selesai melaksanakan proses pemilihan.

Manakala sebanyak sembilan cabang sudah mengadakan pemilihan bagi fasa pertama termasuk cabang Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Serdang, Kelana Jaya, Subang, Kapar, Kota Raja dan Sepang pada 14 Oktober lalu.

Keputusan pemilihan PKR fasa pertama di Selangor Sabtu lalu menyaksikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pesaingnya Rafizi Ramli bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Mohamed Azmin memperoleh 9,337 undi manakala Rafizi mendapat 8,563 undi dengan majoriti 774 undi.


Fasa kedua menyaksikan Selangor masih kubu kuat buat Azmin apabila memperoleh 4,978 undi manakala pesaingnya hanya mendapat 4,385 undi.

Setakat ini Azmin menang di 10 cabang di Selangor sementara Rafizi hanya menjadi pilihan di enam cabang termasuk Hulu Selangor, Kelana Jaya, Kapar, Puchong, Klang dan Selayang.

Dalam pada itu, Rafizi mendakwa, setakat ini beliau mendahului Azmin dengan majoriti 995 undi, selepas pengundian di 158 cawangan di 12 negeri, termasuk keputusan cawangan di Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Perak dan Perlis kecuali enam cawangan di Selangor yang akan mengundi hari ini.

Menerusi status dimuat naik dalam akaun Twitter miliknya semalam, Rafizi mendakwa memperoleh 47,542 undi daripada 86 cawangan manakala Azmin yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi mendapat 46,547 undi daripada 72 cawangan. – Sinar Harian Online

Kategori