Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Polis Melaka Persiap Anggota...

MELAKA - Polis Kontinjen Melaka sedang mempersiapkan anggota, pegawai dan kakitangan awamnya dari...

Nilai Belian Kereta Mewah...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengecewakan apabila mereka tanpa berfikir panjang...

23 Warga Australia Dalam...

WELLINGTON: Hampir dua dozen petugas pelayaran yang menaiki kapal tentera Australia bagi penghantaran...

DAP Mohon Ampun Pada...

KUALA LUMPUR - DAP hari ini memohon ampun kepada Sultan Selangor Sultan Sharaffudin...

Fazley Tetap Simpati Rosmah Ditahan

PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendoakan agar urusan ibu mertuanya iaitu Datin Seri Rosmah Mansor dipermudahkan dan berjalan lancar.

Menurut Fazley, 40, sebagai menantu dia turut bersimpati dengan perkhabaran berita penahanan ke atas isteri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

“Beliau telah ditahan, sebagai anak dan menantu kami tetap mendoakan beliau, simpati masih tetap wujud walau apa pun berlaku.

“Moga Allah mempermudahkan segala urusan! Yang salah tetap salah yang benar tetap benar, biarkanlah mahkamah yang memutuskan,” katanya.

Fazley menulis luahan hati tersebut di Instagram pada petang Rabu.

Ia susulan laporan Rosmah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan pengubahan wang haram.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, penahanan dibuat pada pukul 3.20 petang di Ibu Pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.


Fazley dan isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz berkahwin pada 2007 dan perkahwinan itu dikatakan tidak mendapat restu daripada Rosmah.

Azrene adalah anak Rosmah hasil perkahwinan dengan suami terdahulu iaitu Abdul Aziz Nong Chik.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma yang kini berusia tujuh bulan. – Mstar

Kategori