Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Bakal Haji Perlu Diberi...

SEPANG - Pengendali kursus Ibadat Haji disaran supaya memberikan penerangan terperinci mengenai situasi...

VIDEO: Lelaki Nekad Bunuh...

Semua orang ada masalah masing-masing tapi bagi yang mahu mengambil jalan singkat untuk...

Israel Gempur Gaza Ketika...

RAFAH : Israel melancarkan serangan terbarunya hari ini di bandar Rafah, selatan Gaza,...

Buat Laporan: Perasuah Mesti...

PERANG menangkap penerima rasuah bukan satu-satunya jalan menghapuskan rasuah. Kes rasuah membabitkan aktiviti...

Finland Sedia Hantar Pakar Perkasa Pendidikan Malaysia

PUTRAJAYA – Finland sedia menghantar pakar-pakar pendidikan ke Malaysia sebagai usaha membantu memperkasakan sistem pendidikan di negara ini, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan Pengurus Besar Agensi Kebangsaan Pendidikan Finland, Olli-Pekka Heinonen dalam satu pertemuan dua hala semalam.

“Dalam pertemuan kami, Olli-Pekka Heinonen berkata sekiranya Malaysia tidak dapat menghantar pegawai-pegawai ke Finland disebabkan faktor kewangan dan sebagainya, Finland sedia menghantar pegawai-pegawai mereka ke Malaysia.

“Malaysia berharap kerjasama yang membina ini akan membantu kita untuk mempelajari dengan mendalam pengalaman dan amalan-amalan terbaik Finland, sekali gus menggunakan pengalaman dan kepakaran dalam meningkatkan standard sistem pendidikan di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menganjurkan Seminar Sistem Pendidikan Finland 2018 di kampus induk UIAM di Gombak.

Seminar itu diadakan susulan perbincangan Maszlee dengan Duta Besar Finland ke Malaysia, Petri Puhakka, yang mengadakan kunjungan hormat ke pejabatnya di sini pada 13 Julai lepas.


Sementara itu, Maszlee menyifatkan seminar itu sebagai satu platform terbaik untuk tenaga pengajar di Malaysia menjadikan pengalaman Finland sebagai contoh dan panduan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan sistem pendidikan negara.

Beliau berkata bermula pada tahun 2000, sistem pendidikan Finland mengalami peningkatan yang ketara melalui pencapaian dalam peperiksaan penilaian antarabangsa melayakkan Finland menduduki carta teratas dalam daya saing pendidikan dunia.

ā€œPeningkatan seperti ini patut dicontohi oleh Malaysia yang kini dalam hasrat untuk mengetengahkan pendidikan yang berkualiti tinggi dan menjadi negara antara tiga terbaik dalam penilaian antarabangsa seperti Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS).

“Pertukaran idea dan ilmu pendidikan antara Finland dan Malaysia akan menjadikan Malaysia setanding dengan Finland dalam pelbagai cabang disiplin ilmu termasuklah latihan untuk para pengajar, guru-guru, serta suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan pertukaran idea bagi pemilihan alat bantuan mengajar,ā€ katanya. – BERNAMA

Kategori