ALAHAI… Syed Saddiq Syed Abdul Rahman beri peringatan kepada media agar waspada lapor berita sensasi ekoran dikecam netizen selepas kongsi gambar tidak berbaju di dalam tab mandi.
Meskipun ‘kesilapan’ itu dilakukan sendiri oleh Ahli Parlimen Muar tersebut, namun peliknya Menteri Belia dan Sukan berkenaan tidak semena-mena tuding jari kepada pihak media yang lapor kritikan netizan ke atas dirinya.
“Kalau boleh buat liputan mengenai isu yang lebih pentinglah. Itu saya rasa lebih mustahak. Media pun was-was (berwaspada) buat laporan juga,” katanya dalam nada sinis ketika ditemui di lobi Parlimen di ibu negara, hari ini.
Pada Sabtu lalu, Syed Saddiq memuat naik gambar dirinya bangga tidak berbaju di dalam tab mandi dipenuhi dengan ais sejuk menerusi laman sosial selepas menyertai program bersempena sambutan Hari Sukan Negara.
Beliau tulis kicauan menerusi akaun Twitter sambil berkongsi gambar berendam dalam tab itu dengan kapsyen: ‘Lepas score golden goal, terus kena rendam dalam ais. Good game. @dugongallstars. #HariSukanNegara.’
Malang bagi beliau, apabila tindakan ‘bodoh’ itu bukan dapat pujian daripada pengguna media sosial sebaliknya terima kecaman teruk dalam kalangan netizen sebagai tidak senonoh dan cuba cari perhatian publisiti murahan.
Mungkin setelah menyedari tindakan kurang matangnya itu tidak disenangi ramai netizen, Syed Saddiq kemudian didapati membuat keputusan drastik apabila terus padam gambar unik ikonik tersebut. – Agensi/Mynewshub.TV