Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Sengaja Cemar Air Untuk...

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor menyifatkan insiden pencemaran air sehingga menyebabkan gangguan...

Najib, Irwan Serigar, Hasanah...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua...

Bisnes Perlu Beralih Daripada...

KUALA LUMPUR - Syarikat dan perniagaan tidak akan lagi dapat menuai hasil yang...

PRU14: Saya Belum Dapat...

SEREMBAN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata...

Ganggu Konvoi Raja Permaisuri Perak, Ejen Insurans Didenda RM5,000

TAPAH – Gara-gara halang tugas polis dengan ganggu perjalanan konvoi Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Khamis lalu, seorang ejen insurans didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh Leong Kean Beun, 32, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.

Leong yang memandu kereta jenis Lexus didakwa mengganggu perjalanan konvoi Tuanku Zara dengan memperlahankan kenderaannya beberapa kali di hadapan konvoi tersebut di KM351 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dalam daerah Batang Padang di sini kira-kira 5.20 petang, 25 Oktober lepas.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan Leong menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda itu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatin Farahiyah Nadzri manakala tertuduh diwakili Amani Williams Hunt Abdullah dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). – BERNAMA

Kategori