ATHENS – Satu gempa bumi kuat dengan bacaan 7.0 magnitud menggegarkan Greece awal pagi tadi, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Pusat gegaran yang pada awalnya dilaporkan berkekuatan 6.9 magnitud itu dikesan di Laut Ionian, kira-kira 124 kilometer di barat daya Patras di Peloponnese.
Setakat ini masih tiada kerosakan, kecederaan mahupun kematian dilaporkan oleh pihak berkuasa. – Reuters