KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku di Pulau Vancouver, Rantau Kanada pada 1.39 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan media memaklumkan, pusat gempa terletak di 487 kilometer Barat dari Vancouver, Kanada.
Gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA