Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

28 Petugas Kesihatan Terkoban...

Menteri Kesihatan Palestin Mai Alkaila pada Sabtu berkata seramai 28 petugas perubatan di...

Perlis Dipilih Projek Perintis...

KANGAR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memilih Perlis untuk melaksanakan kajian projek perintis...

SPR Bermesyuarat, Tentukan Tarikh...

KUCHING - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat pagi ini untuk menentukan tarikh...

5 Anggota Polis Thai...

NARATHIWAT - Lima anggota polis sempadan Thailand cedera dalam serangan bom di Kampung...

George Town Dipilih Sertai Dua Projek Warisan Perintis UNESCO

GEORGE TOWN – Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) memilih George Town untuk menyertai dua projek warisan perintis.

Ketua Unit Kebudayaan Pejabat UNESCO di Jakarta, Moe Chiba, berkata projek perintis pertama akan memberi fokus terhadap urusan penyediaan inventori berkaitan warisan budaya tak ketara melalui penyertaan masyarakat dan George Town merupakan satu-satunya bandar raya di Asia yang dipilih menyertai projek berkenaan.

“Pendekatannya melibatkan penyertaan masyarakat setempat dalam menyediakan inventori berkenaan. Ia tidak akan diterajui ahli akademik, tetapi merupakan inisiatif diterajui masyarakat sendiri. Kami melaksanakannya di George Town di samping dua bandar raya lain, satu di Afrika dan satu lagi di Amerika Latin.

“Inventori perlu dibuat di peringkat tempatan kerana pada akhirnya nanti, masyarakat, pemegang kepentingan akan berasa komited untuk meneruskan amalan itu,” katanya pada sidang media selepas perasmian Persidangan Antarabangsa Mengenai Pengurusan Warisan Budaya Bandar (MUCH) 2018 oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, di sini hari ini.

Beliau berkata, dengan cara itu, masyarakat akan dapat menceritakan kisah mereka sendiri kepada orang ramai serta memberi fokus terhadap perkara yang mereka anggap penting.

Menurut Chiba, projek kedua pula akan memberi tumpuan tentang cara untuk membangunkan industri tempatan di tapak warisan dunia melalui penglibatan semua pihak berkenaan dalam usaha menyediakan pelan tindakan.

“Kami sedang memulakan projek ini yang bertujuan menghimpunkan semua pihak berkaitan, muzium, pusat industri kreatif, tukang tempatan, pengamal warisan dan pengurus tapak untuk sama-sama menyediakan pelan tindakan bagi mewujudkan kehidupan yang lebih sejahtera di bandar raya warisan,” katanya.


Chiba berkata George Town dipilih menyertai projek itu kerana bandar raya ini mempunyai potensi untuk menjadikannya berjaya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Chow berkata kerajaan negeri akan berusaha memajukan sektor industri kreatif bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi serta mewujudkan pekerjaan serta pendapatan untuk isi rumah melaui projek dan kerjasama yang diadakan.

“Kami tahu ia akan merintis jalan ke arah terbentuknya interaksi antara penerokaan bersifat tradisional, kontemporari dan baharu dalam bidang warisan budaya, sekali gus menghasilkan jenama ‘Made in George Town’ yang unggul, berserta produk pelancongan warisan berkualiti tinggi yang akan menjana pendapatan serta menambah baik kehidupan masyarakat tempatan,” katanya.

Persidangan empat hari itu menampilkan 37 penceramah dan moderator dari 15 negara yang akan berkongsi inisiatif mereka tentang pengurusan warisan bandar, membincangkan perkara berkaitan pendekatan pengurusan warisan dan strategi inovatif serta terlibat dengan perbincangan bersifat konstruktif tentang cabaran dan peluang dalam pengurusan warisan budaya dengan lebih 100 peserta. – BERNAMA

Kategori